Sunday, June 12, 2011

Sayangku..

Aku doakan semoga kau tabah menghadapi cabaran hidup dengan memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah. Aku tahu kau adalah lelaki yang terbaik yang aku kenali hingga kini. Ku doakan juga semoga kau dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak lelaki kepada Mak yang masih memerlukan pertolongan dan pergantungan dari seorang anak lelaki. Buat diri yang sentiasa berada disisimu dengan bersama-sama membesarkan keempat-empat orang anak yang dikurniakan Allah, aku masih tabah disampingmu untuk melihat anak-anak kita berjaya di dunia dan di akhirat, Insya Allah. Ku jua berharap kau tabah dengan segala dugaan sepanjang menerima aku sebagai isterimu.....:)

Ya Allah, hanya padamu hambamu memohon agar keluargaku selalu dirahmati dan bahagia sentiasa dengan segala kurniaan yang kau kurniakan kepada kami...amin

Monday, May 30, 2011

Wahai Pencipta Ku...

Ya Allah..kepadaMu sahaja tempat aku berdoa dan memohon kekuatan..semoga aku akan mendekatkan diriku padaMu maha Agung..makin hari aku semakin nampak jalan yang harus aku ikuti tanpa payah memikirkan dunia yang memberatkan..ya Allah, jika aku berada di jalan yang Kau redhai, Kau terangi dan permudahkanlah Ya Allah...aku adalah hambaMu yang lemah...maafkanlah segala dosa yang mengurangkan timbangan amalku..aku bersyukur di atas segala nikmat atau dugaan yang Kau beri....Terima kasih Ya Allah...