Sunday, June 12, 2011

Sayangku..

Aku doakan semoga kau tabah menghadapi cabaran hidup dengan memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah. Aku tahu kau adalah lelaki yang terbaik yang aku kenali hingga kini. Ku doakan juga semoga kau dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak lelaki kepada Mak yang masih memerlukan pertolongan dan pergantungan dari seorang anak lelaki. Buat diri yang sentiasa berada disisimu dengan bersama-sama membesarkan keempat-empat orang anak yang dikurniakan Allah, aku masih tabah disampingmu untuk melihat anak-anak kita berjaya di dunia dan di akhirat, Insya Allah. Ku jua berharap kau tabah dengan segala dugaan sepanjang menerima aku sebagai isterimu.....:)

Ya Allah, hanya padamu hambamu memohon agar keluargaku selalu dirahmati dan bahagia sentiasa dengan segala kurniaan yang kau kurniakan kepada kami...amin

Monday, May 30, 2011

Wahai Pencipta Ku...

Ya Allah..kepadaMu sahaja tempat aku berdoa dan memohon kekuatan..semoga aku akan mendekatkan diriku padaMu maha Agung..makin hari aku semakin nampak jalan yang harus aku ikuti tanpa payah memikirkan dunia yang memberatkan..ya Allah, jika aku berada di jalan yang Kau redhai, Kau terangi dan permudahkanlah Ya Allah...aku adalah hambaMu yang lemah...maafkanlah segala dosa yang mengurangkan timbangan amalku..aku bersyukur di atas segala nikmat atau dugaan yang Kau beri....Terima kasih Ya Allah...

Monday, March 21, 2011

Monday, March 14, 2011

Maka dengan ini...


Maka dengan ini, aku mula nampk jalan yang harus ku pilih..jalan yang sentiasa mendapat keredhaan Allah..menjadi isteri solehah yang sentiasa menyokong suami hingga ke akhir hayat...menjadi ummi yang sentiasa menjadi pendengar dan guru setia buat Aisyah, Adawiyah, As Siddiq & Az Zahara...menjadi seorang muslimat yang sentiasa sihat, bahagia dan pastinya senyumn yang sentiasa terukir di bibir...Ya Allah, kabulkan doaku...terima kasih dan syukur kupanjatkan buatMu yang sentiasa berada disisi....terima kasih Allah...

Tuesday, March 8, 2011

Terima Kasih Ya Allah


Entah bagaimana harus kupanjatkan syukur buat pencipta yang maha agung..hati ini tidak akan sunyi jika selalu menyebut namaMu...engkaulah Maha Agung Ya Allah...berikanlah hambamu taufik dan hidayahMu...semoga dapat aku bertemu denganMu di akhirat kelak....

Tuesday, March 1, 2011

Happy Besday Zahara Sayang Umi

Zahara yang umi sayang selalu,

Selamat ulang tahun yang ke 3, semoga sentiasa diberkati Allah, panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat, berjaya di dunia dan mendapat keampunan di akhirat...will always luv u from bottom of my heart until my last breath.......




Monday, February 28, 2011

My Qaliph

My Qaliph...Khalifahku...besar maknanya perkataan ini pada aku..aku masih berfikir bagaimana dapat ku olahkan progarm ini agar dapat memberi manfaat pada anak2 bangsa Islam yang semakin rapuh iman dan ekonominya...hari hari yang mendatang semoga memberikan sejuta cahaya yang akan menerangi hidupku...aku harus belajar banyak bersabar dan berdoa..kejayaan yang dikecapi dari kepayahan terasa manis yang tak terhingga kelak...semoga Allah mempermudahkan....Amin..

Tuesday, February 22, 2011

I'm back


Salam.

Alhamdulillah, masih lagi bernafas meneruskan hidup yang indah ini. Aku masih berdiri teguh dengan semangat tinggi untuk terus menghadapi kehidupan ini senyuman. My Qaliphs, menapak di Bandar Baru Uda. Berdoa untuk terus maju bersama sokongan suami, mak, bak, anak2, kawan2 dan Allah sentiasa disisi. Aku terus mengorak langkah...