Monday, November 30, 2009

Hidup Yang Penuh Makna

Untuk renungan...

Jika dikatakan kita manusia mempunyai satu impian hidup akan datang, aku rasa ianya patut ditumpukan impian kepada hidup selepas mati...kehidupan sekarang yang kita tak tahu apa akan jadi pada sekejap saja lagi adalah sesuatu yang tak dapat dicapai oleh fikiran manusia..maka, wujudlah kata-kata manusia merancang, Allah menentukan...kenapa sebagai manusia yang masih hidup dan bernafas, kita tidak merasakan bersyukur yg amat sangat padaNya??? kita sepatutnya gembira dan bahagia dengan apa yang kita ada PADA MASA INI dan bukannya pada harapan akan datang yang kita tak tahu sama ada tercapai atau tidak.......

Memang betul kita seharusnya berusaha setiap waktu dan beribadah dan mengingati Allah sepanjang masa..jika kembali kepada persoalan usaha setiap waktu adalah satu sifat yang perlu ada pada setiap umat Islam tanpa ragu-ragu tentang masa hadapan...tetapi perasaan kita selalu was-was dan termasuk tidak yakin dengan kebesaran Allah.........................masya Allah..........berusaha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada akan melahirkan hati yang bahagia dan ikhlas tanpa mengira apa sahaja dugaan dari Allah...jika ditakdirkan miskin, kita senyum dengan ikhlas dalam menempuh kemiskinan.......berusaha dan tidak melupakan Allah akan mengeluarkan kita dari belenggu yang kita sendiri takuti....sebab itu, orang yg redha akan dapat dilihat ketenangan dan cahaya keimanan dari muka mereka...................................agaknye sampai ke kita ke tahap itu??????

Wednesday, November 25, 2009

Tuesday, November 10, 2009

Melangkah ke Puncak Kejayaan

Salam.

Pertemuan demi pertemuan dan pembetulan demi pembetulan aku telah lalui melalui perbincangan dan diskus bersama Johor Corp...arah tuju dan niat yang suci telah aku sampaikan pada tahap yang pertama...nampaknya mereka faham niat dan arah tujuku...

Langkah ku masih lagi panjang menuju ke arah itu. Tapi aku tetap dengan semangat yang utuh untuk terus berdiri walaupun dugaan yang datang satu demi satu..aku tetap bulatkan tekad untuk mencapai kejayaan yang diimpikan...dala mengejar kejayaan itu, aku banyak menyedari hakikat yang harus kita terima sebagai khalifah dibumi Allah..

Kejayaan itu tidak pasti tetapi kita harus terus berusaha dengan memastikan hari ini adalah permulaan dan pastikan ianya akan berakhir dengan iman dan takwa...dengan itu, kejayaan yang akan kita miliki adalah milik Allah dan bukan kita kerana kita adalah perantaraan yang merupakan salah satu cara Allah menyampaikan Islam kepada hambanya.....

Usaha yang dihasilkan akan sentiasa melahirkan kebahagiaan jiwa jika kita sedar bahawa dunia ini adalah sementara dan kita adalah pinjaman juga...abadi hanyalah akhirat....

Hemmmmm...yang penting ketenangan yang kita sedang hadapi pastikan ianya akan sentiasa melahirkan kita yang sentiasa tenang dan bahagia....................