Thursday, December 3, 2009

Kawan/ Sahabat/Teman





Kawan tak dapat dipisahkan dari kehidupan kita..pengalaman aku sendiri mempunyai sahabat sejati yang selalu menyokong, membri pendapat dan berkongsi masalah sangat aku hargai..itu lah kelebihan yang aku ada..tidak mengira wang ringgit atau harta benda tapi nilai persahabatan yang tidak terhingga........................sesungguhnya kawan yang aku pada masa ini adalah harta yang tidak ada tolok bandingnya...jika dapat kuungkapkan dengan kata-kata mereka adalah ibarat langit dan bumi yang sentiasa bersama walupun zahirnya tidak......


Wednesday, December 2, 2009

Cinta Nur Kasih................

Baru-baru ni aku mengikuti cerita nur kasih kat tv 3,...aku tersentuh dengan cinta agung Nur pada suaminya..jauh beza sungguh dengan aku...tapi cerita tu membuatkan aku terpikir tentang persoalan cinta suami isteri...cinta yang ikhlas datangnya dari hati yang bersih dan suci...aku sendiri yang akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 12 merasakan banyak lagi yang aku kena dalami dan fahami....

Nur kasih sungguh setia walaupun sekian lama ditinggalkan tanpa berita dan balik hanya dapat tahu dah ada madu...mulia sungguh cinta isteri....hemmm....

Selalu mengimpikan menjadi isteri solehah yang disenangi suami....:)

Tuesday, December 1, 2009

Hati yang Bahagia adalah hati yang Ikhlas


Kata-kata ni aku petik dalam kata-kata hikmah harian yang ada atas meja office aku..aku hanya nak share kata-kata ni sebab maknanya adalah selagi hati kita tidak merasakan bahagia maka hati kita tak ikhlas..termasuklah aku......bukan senang nak praktikkan ni..hati kita benar-benar redha dengan apa yang kita ada dan dapat menerima sepenuh hati tanpa ada rasa secalit penyesalan atau keluhan....

Kalaulah aku dapat hati yang sebegitu...alangkah bahagianya...

Monday, November 30, 2009

Hidup Yang Penuh Makna

Untuk renungan...

Jika dikatakan kita manusia mempunyai satu impian hidup akan datang, aku rasa ianya patut ditumpukan impian kepada hidup selepas mati...kehidupan sekarang yang kita tak tahu apa akan jadi pada sekejap saja lagi adalah sesuatu yang tak dapat dicapai oleh fikiran manusia..maka, wujudlah kata-kata manusia merancang, Allah menentukan...kenapa sebagai manusia yang masih hidup dan bernafas, kita tidak merasakan bersyukur yg amat sangat padaNya??? kita sepatutnya gembira dan bahagia dengan apa yang kita ada PADA MASA INI dan bukannya pada harapan akan datang yang kita tak tahu sama ada tercapai atau tidak.......

Memang betul kita seharusnya berusaha setiap waktu dan beribadah dan mengingati Allah sepanjang masa..jika kembali kepada persoalan usaha setiap waktu adalah satu sifat yang perlu ada pada setiap umat Islam tanpa ragu-ragu tentang masa hadapan...tetapi perasaan kita selalu was-was dan termasuk tidak yakin dengan kebesaran Allah.........................masya Allah..........berusaha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada akan melahirkan hati yang bahagia dan ikhlas tanpa mengira apa sahaja dugaan dari Allah...jika ditakdirkan miskin, kita senyum dengan ikhlas dalam menempuh kemiskinan.......berusaha dan tidak melupakan Allah akan mengeluarkan kita dari belenggu yang kita sendiri takuti....sebab itu, orang yg redha akan dapat dilihat ketenangan dan cahaya keimanan dari muka mereka...................................agaknye sampai ke kita ke tahap itu??????

Wednesday, November 25, 2009

Tuesday, November 10, 2009

Melangkah ke Puncak Kejayaan

Salam.

Pertemuan demi pertemuan dan pembetulan demi pembetulan aku telah lalui melalui perbincangan dan diskus bersama Johor Corp...arah tuju dan niat yang suci telah aku sampaikan pada tahap yang pertama...nampaknya mereka faham niat dan arah tujuku...

Langkah ku masih lagi panjang menuju ke arah itu. Tapi aku tetap dengan semangat yang utuh untuk terus berdiri walaupun dugaan yang datang satu demi satu..aku tetap bulatkan tekad untuk mencapai kejayaan yang diimpikan...dala mengejar kejayaan itu, aku banyak menyedari hakikat yang harus kita terima sebagai khalifah dibumi Allah..

Kejayaan itu tidak pasti tetapi kita harus terus berusaha dengan memastikan hari ini adalah permulaan dan pastikan ianya akan berakhir dengan iman dan takwa...dengan itu, kejayaan yang akan kita miliki adalah milik Allah dan bukan kita kerana kita adalah perantaraan yang merupakan salah satu cara Allah menyampaikan Islam kepada hambanya.....

Usaha yang dihasilkan akan sentiasa melahirkan kebahagiaan jiwa jika kita sedar bahawa dunia ini adalah sementara dan kita adalah pinjaman juga...abadi hanyalah akhirat....

Hemmmmm...yang penting ketenangan yang kita sedang hadapi pastikan ianya akan sentiasa melahirkan kita yang sentiasa tenang dan bahagia....................

Sunday, October 11, 2009

Terima kasih sayang....

Hari ini adalah titik bagi segalanya. Aku rasa puas dan bersyukur. Segala langkah yang akan dibuat akan kususun sebaiknya. Sinaran matahari hari ini memancarkan seribu keberkatan dari Allah. Aku harus melangkah dengan ikhlas dan tawaduk. Aku masih berdoa dan bekerja. Tiada esok jika tiada hari ini. Hari ini adalah hidupku yang tidak akan kulupakan. Aku harus lebih matang dan tenang. Kesederhanaan yang ada akan kugilap dan letak disanubari. Senyuman mengukir tanda syukur dan redha menerima segala yang ditentukan..

My Qaliphs mengorak langkah dan jadual yang telah kususun sekian lama harus berjalan seperti mana yang aku inginkan..semangat kena kuat dan tekad diri harus dipasak kukuh...:)

Sekarang, kerja dan berfikir....suami, anak2 tersayang dan insan yang dihargai , keranamu aku berdiri teguh hingga hari ini..terima kasih sayang....

Wednesday, October 7, 2009

My Qaliphs - On the track

Syukur pada Allah s.w.t...setelah dapat gembira management agreed to proceed on 5th Oct lalu, aku buat sujud syukur pada Allah. Memang sejak hantar proposal hari tuh, aku berdoa dan terus berdoa...Alhamdulillah.

Esok, first meeting dgn Johor Corp...waiting for the moment..so, hari ni aku nak study balik scope yang mungkin lupa nak masukkan...Ya Allah..terima kasih...Yang Membaca, doakan agar sahabatmu ini mencapai kejayaan dunia dan akhirat....amin.

Monday, September 28, 2009

Kembali Kerja dan Berfikir

My Qaliphs masih belum dapat jawapan...masih menunggu dgn harapan menggunung..namun, aku masih meneruskan usaha ini dengan apa yang ada..yang pastinya, aku semacam nampak sejuta cahaya pada tahun depan..Ya Allah..permudahkanlah urusanku..semoga perjuangan untuk berjaya dunia dan akhirat akan bermula pada hari ini dan seterusnya hingga ke syurga..

Aku masih penuh dengan semangat untuk meneruskan plan yg disusun rapi..kekadang dugaan yg datang harus diterima dengan redha sebab Allah tahu yang terbaik utk kita..belajar dari pengalaman dan dugaan...kejayaan yg akan kita akan kecapi pasti memberikan sejuta makna yang tak dapat diluahkan dengan ucapan Alhamdulillah sahaja atau ibadat siang malam..pastinya Allah menyayangi hambanya melebihi kita menyayangi diri kita sendiri....Masya Allah....semoga semua umat Islam sedar akan kelebihan yang kita ada.............:)

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya aku ucapkan pada semua..semoga aidilfitri ni memberikan sejuta makna buat kita..bagi aku, aku nak restkan otak seminggu...entah boleh buat ke tak...whatever, smile always..jumpa kekawan, sedara..spent time dgn family..bestnyer..untuk korang semua, aku doakan semuanya in safe journey bila berjalan berziarah tuh...hu hu..raya..

My Qaliphs Step 2

Salam. Dalam sibuk menyiapkan persiapan raya yang akan menjelang, aku juga sibuk menyiapkan kertas cadangan untuk Johor Corp...2 minggu 2 malam..fuhh..akhirnya, dah hantar by hand to the person incharge. Besar harapan aku kat situ..insya Allah, dengan izin Allah, aku yakin sistem my Qaliphs akan dapat aku bangunkan tahun depan..

Sementara tunggu jawapan Johor Corp, aku buat promotion utk tahun depan...FREE registration fees..hopefully ia akan attract all parents who need our guidance in developing and educating the children...

Perjuangan harus diteruskan walaupun rebah 1000 kali, hidup masih berjalan hanya yang menentukan sama ada seseorang itu berjaya atau tidak adalah IMAN.....

Thursday, September 10, 2009

Dugaan..

Persepsi dugaan ni merupakan salah satu kelemahan aku masa dulu..setiap manusia ada sejarah dan kesilapan masing-masing..aku tak terlepas...dugaan yang selalu datang selalunya membuatkan aku sentiasa berfikir untuk mengatasinya..aku bersyukur walaupun masih diduga sehingga sekarang..ada sesetengah kawan-kawan yang aku lihat memandang hidup ini bukannya untuk susah tapi untuk menikmatinya sebaik mungkin...betul ke?..hemmm..kalau dilihat dalam persepsi Islam, aku merasakan ada yang tak kena..Islam memudahkan..ia menjadikan manusia hidup dalam kesederhanaan tapi sentiasa berdisplin dan meletakkan akhirat sebagai matlamat..ada ke sembahyang dalam tidur?..ada ke kita mesti terlalu taksub menikmati kesenangan yang diberikan dalam dunia?..tidak juga..jadi kejadian manusia adalah menghambakan diri padaNya..kemudian semuanya akan datang sebagaimana yang dikehendakiNya...memang tak mudah...aku sendiri sedang dan masih melatih hati untuk menerima segala dugaan dengan tenang, redha dan sabar...susah nak buat tuh....dengan usaha dan doa aku yakin...cuma kita kena sedar yang apa sahaja yang diberi olehNya ada kebaikan wlaupun selalu kita fikir buruk...Allah tahu segalanya.......

Wednesday, September 9, 2009

Abu Bakar As Siddiq ... My Hero..27th Aug 2009


Walaupun umi abah dah celebrate awal besday Iddiq 2 minggu lebih awal dengan kak adawiyah..umi nak rakamkan kenangan besday anak umi ni kat sini..


Selamat Ulang Tahun yang ke 4 tahun..satu-satunya anak lelaki umi..semoga tabah menghadapi dugaan dunia dan dapat meneruskan kehidupan dengan iman yang penuh didada setabah nama mu "Abu Bakar As Siddiq"......

My Qaliphs

Salam.

Here I am. With my product of My Qaliphs. Setelah 4 tahun dalam bidang education, aku dapat satu idea untuk memasarkan produk pendidikan ni...aku masih bekerja keras untuk merealisasikan seperti yang dirancang..terasa keyakinan datang semakin penuh..mungkin petunjuk dari Allah..yang pasti selain idea business, ianya merupakan idea memperkenalkan Allah dan Rasullullah kepada semua khalifah kecil di My Qaliphs..

Konsep semua kanak-kanak mampu belajar dan mendapatkan ilmu yang bermanfaat untuk mereka terapkan disamping harga pendaftaran dan yuran bulanan yang sangat kompetitif, aku yakin semua ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak mereka dalam akademik dan agama Islam akan tercapai.....

Semoga semua yang berada disekeliling sentiasa mendoakan kejayaan sistem ini untuk kebaikan dan manfaat agama Islam yang suci...Amin...

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan

Salam.

Tak lama lagi Ramadhan akan datang lagi, ada yang tak sabar menunggu untuk mengerjakan lebih ibadah, ada yang rasa seperti tersekat sebab tak boleh makan dan minum, ada yang tak amik pusing dan mula sibuk menyiapkan persiapan hari raya...kalau dulu, aku sendiri terasa kedatangan Ramadhan hanye seperti biasa..tapi kali ini aku tak sabar nak berpuasa, membaca al Quran dan sembahyang terawih..mungkin dah tua dan kesedaran dah datang..hehe..

Yang pasti aku lihat orang melayu terlalu bahagia nak menyambut raya dari menyambut puasa..masa bulan puasa tu lah nak cari baju, kain langsir, bunga, kuih raya, semuanya rayalah..tapi ibadat puasa setakat mana dapat menginsafkan diri dan tawadu' pada Allah?..bulan puasa nanti bazar di sana sini..orang menjual dibazar sibuk menyiapkan diri untuk berjual dan menambahkan pendapatan..Alhamdulillah jika rezeki yang kita dapat masa Ramadhan digunakan supaya kita semakin hampir pada Allah, tapi jika semata-mata untuk menampung perbelanjaan semasa raya yang akan menjelang???..adakah itu langkah bijak??..kekadang tak keterlaluan aku katakan orang melayu terlalu suka boros dan berbelanja pada bukan tempatnya..baju dah ada, masa raya nanti semuanya nak baru..mungkin sebab lagu dulu-dulu..zaman sekarang selalunyer tiap-tiap bulan beli baju baru...kasut baru tiap-tiap bulan..beg baru...:).....apa kata bulan ramadhan yang akan menjelang nanti kita sambut dengan tenang tanpa rasa sibuk-sibuk nak memikirkan persiapan raya...rasanyer kita akan mendapat lebih keredhaan Allah....hidup masih macam biasa, bekerja, jaga anak, tapi kita tambahkan ibadah untuk akhirat dalam sebulan ini...rasanyer tak salah..cuma macam mana nak buat, tepuk dada tanya iman....:)

Monday, August 17, 2009

Happy Besday to My Star Rabiatul Adawiyah

Sayang Adawiyah, selamat ulangtahun yang ke 7.....semoga sentiasa bahagia di dunia dan akhirat, sihat, panjang umur..umi sentiasa doakan Adawiyah agar menjadi khalifah yang dapat membimbing umat Islam ke mercu kejayaan...umi akan sentiasa tanpa jemu berada dibelakangmu walau apa jua keadaan...semoga Adawiyah akan menjadi seorang doktor yang diidamkan selalu..nama Adawiyah adalah penawar...semoga ianya sesuai denganmu hingga ke akhir hayat sayang.....

Sunday, August 9, 2009

Things to be done..

Salam.

This is very good and fine morning to me as I am still energetic to do whatever in plan. Allah still with me even I am sad or happy. Syukur Alhamdulillah. Friends, thanks for the pray. I will move on to the peak....

Bye

Wednesday, August 5, 2009

Back on the track...

Salam.

Lawar tak gambar baru?..hehe..after 3 weeks, i feel really not in the track..my car met an accident..i really miss my car..kembaraku..other people fault..even to blame others, it has been written..whatever "redha"..yes..at last even feel the pinch, life still need to goes on...

Now, I will get my car back..hopefully, the car still function as before..the plan still going on even quite slow..and it is unexpected that i think i can perform ok in sales...hemm...still need to polish on certain parts...

My kids..some of them had been taught to be independence by taking van to school..and i'am going to release them to the van driver after this as i have some times to do my activity..whatever, Alhamdulillah, i feel happy...that is the way..like me before walk to and from the school..hot or rain until can step my feet to "u"..so, they must learn on how their parents going tru the life...

Continue later....

Salam..

Wednesday, July 15, 2009

Realistic Plan

Salam.

We are as the human beings will never satisfied and fixed. As we are born to be human being, we need to understand our nature of feelings and attitude. Even me myself sometimes still wondering certain level of behaviour contributing to any value or any bad things..hemm..that is call human. Even our plan really need to suit and adjusted to our own sweet time, our level of acceptance and of course happiness...I am on my way to 35 and I have some experience in planning schedule but yet untouch. As at this morning, I am still changing my plan according to my willingness to fulfill the plan. It is hard and a lot of challenge. Sometimes, u really need to put decision on the priority. Unless if u know ur priority or maybe still haven't one or maybe don't know ur priority. For any case in process to know your priority, you need to settle it now as it is important in identify your happiness.

But, whatever it is, we as a muslim, we need to ensure come back to the track in whatever situation or condition. It will guide and ensure of confidence and cool. So, I am writing for myself and how about your judgement on this matter?. Hopefully, there is some good thought and will make some benefits to all of us. Insya Allah.

Ya Allah, I am so grateful.

Monday, July 13, 2009

Focus

Salam..

I am on the track...Ya Allah, bless me. Insya Allah I will be the one.

My Q Caliphs is in process..still a millions of blocks to go....I will finish it whatever happens..

Amin.

Sunday, July 12, 2009

Appreciate people around us until they gone

Salam.

This morning is quite "cloudy" day to me...arrghh..don't realize until the person that u really love is going to somewhere quite far from u.....hemmm..sometimes, i feel so childish and love to make other people in trouble....i need to change that....so, this week will be filled with lonely and tears....hopefully i will be strong...........hopefully...plan need to goes on even whatever reasons comes unless "i forget to breath".......

Ya Allah, bless me with all strength and smiles............:)...(:

Wednesday, July 8, 2009

Sometimes we just don't get what we want

Salam.

That is learning process. The thing is we need to be patience. Even sometimes it is tough, but life still goes on. Stay focus and always grateful to Allah. Allah knows the best for us. Redha. Difficult to practice but good to adapt.

Tuesday, July 7, 2009

On the track..

Salam.

As at today, Alhamdulillah. Have a feeling Allah is with me. Never feel any frustration in my pre days journey. Still have a lot of energy and ideas to move on. Only a bit doubt in understanding people perception and action. Why they act and think slow?..are they lazy or think about others too much until effect their movements?..hemmm..some people are really have a reason behind that. Whatever, I still train myself to accept all those kind of people to prolong with me forever. I am a person who cannot tolerate in facing all those kind of people..frankly speaking..i am very serious person and easy to feel angry..hehehehe..but really fathoming from Allah...as the person is really so close to me...In learning process to adapt with their style and way of think and take action..

Wish me luck..

Sunday, July 5, 2009

Realistic Plan

Salam..

Still making some changes on the schedule made. Whatever, it was for better arrangement and happy decision. Hopefully, I will move on with a little changes after this after a deep thought and planning. It is me. Inside, still have some worry but under control..:).

Will always look positive on any problems appears...Have To !!!..

Wednesday, July 1, 2009

Sweet Experience

Salam.

First approach to stranger. Fail. Maybe too early explanation. It is ok. Become my sweet experience to move on. Anyway, long way to go. I need to be strong. Never lack down my spirit to go. Whatever, I know that I'am the Power!!. So, for those who are reading this, hopefully u will get some Power from me....:)

Tuesday, June 30, 2009

Counting Days

Salam.

1st Morning in July 2009 with a full of spirit and some "mixture of doubt". Anyway, here I am and will make sure everything is going as plan. Insya Allah Allah will be with me. Hopefully I will always smile even any kind of faces comes today.

Wish me luck!!

Monday, June 29, 2009

Masanya sudah tiba

Salam..

Semakin hari kekuatan yang aku bina sudah mula mengorak langkah..pelbagai rancangan aku susun..siang malam pagi petang..semuanya agar semata-mata aku dapat menempuh dengan hati yang ikhlas dan redha..aku dikurniakan dengan pelbagai anugerah yang amat aku mensyukurinya...sekarang hanya masa menentukan..aku harus pastikan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan berjalan seiring...

Memang benar banyak orang kata manusia yang benar-benar berjaya sahaja tahu apa itu kejayaan...aku akan pastikan aku akan berada di situ...Amin.....

Monday, June 22, 2009

Usaha yang membawa kepada kejayaan

Salam

Dalam mengejar cita-cita dan melalui kehidupan dengan tanggungjawab yang Allah tetapkan pada setiap manusia, aku rasakan kita harus pandai meletakkan kepentingan pada setiap komitmen yang ada..yang pasti pertama bagiku apa sahaja yang aku lakukan, aku harus rasa bahagia tanpa tekanan dari sesiapa. Oleh itu, aku mampu memberikan yang terbaik pada orang-orang disekeliling...terutama keluarga. Ini semua bagi melahirkan generasi yang berkualiti. Aku percaya hanya kita yang kenal diri masing-masing untuk mengejar kejayaan atau selesa dengan apa yang ada..

Fikirkan persediaan untuk masa tua merupakan satu proses berterusan dan harus dimulakan dari masa muda. Berapa ramai orang tua yang menumpang dengan anak dan tidak cukup keperluan untuk memenuhi kehendak asas masing-masing?..sedangkan dunia sedang giat bergerak laju meninggalkan orang-orang yang malas dan bodoh kerana malas mencari ilmu. Akhirnya, bila tua menjelang tiba, tenaga dan fikiran tiada untuk melakukan apa-apa. Aku tak mahu jadi begitu...

Aku akan pastikan usaha harus dilakukan sedikit demi sedikit bagi mencari pengalaman dan menambah rezeki bagi menampung keperluan semasa. Simpanan hari tua haruslah cukup untuk kita berehat dan persediaan untuk menambah ibadah bila menghadap Pencipta Agung.... Jika fikiran hanya memikirkan dunia hingga ke tua, entah bila kita ada masa menambahkan bekalan di akhirat?

Usaha masing-masing bergantung pada niat, biarlah susah dan berliku. Terasa penat dan lelah tapi kita tahu apa yang dikejar pada akhirnya. Biarlah seiring dengan kehendak agama dan hati bahagia..biarlah hidup sederhana tapi nilai hidup dan mentaliti bertambah positif. Dari tidak melakukan apa-apa?..malas..kuat tidur dan suka bercakap tentang orang lain..diri sendiri setanding sesiapa yang berjaya?..orang berjaya kurang bercakap dan banyak bertindak..kita?.....soalan yang hanya boleh dijawab oleh kita...

Sunday, June 21, 2009

Hati yang bahagia

Salam di pagi yang sungguh tenang dan bahagia...

Topik yang aku tulis pagi ni adalah berkenaan hati kita yang cuma dapat kita rasa tapi tak boleh pegang..kalau sakit, terasa seluruh badan tak berfungsi..kalau rasa bahagia, walau apa pun rintangan, boleh lalui...

Aku berpendapat untuk mendapatkan hati yang bahagia, kita kena berusaha mendidik hati agar sentiasa ingat kepada Allah, bersyukur dan buang segala penyakit hati..tak guna kalau harta menggunung tinggi, sedangkan hati sebusuk bangkai..tak guna pangkat melangit, tapi hati sombong mendada...

hati yang bahagia terpancar dari sinar mata kita yang dapat dilihat dari orang lain...jika hati tak keruan, seluruh hari akan terasa kesannya...yang aku usahakan adalah kebahagiaan hati yang hakiki..bukan senang nak dapat sebab kebahagiaan ni akan melatih hati kita supaya sentiasa redha dan bersyukur...kita manusia biasa...aku masih berusaha..yang pastinya, aku sudah merasakan sedikit cahayanya....

Hati...aku akan sentiasa memastikan kau bahagia....

Wednesday, June 17, 2009

Kunci Kejayaan

Salam..

Ada orang kata kunci kejayaan adalah fokus..ia adalah salah satu darinya..tapi pada aku, fokus bukannya bermaksud pada satu aspek sahaja..kalau kita lihat balik kehidupan kita sehari-hari, banyak yang memerlukan perhatian kita contohnya sesiapa yang dah berkahwin..suami, anak, rumah, kerja, ibu bapa, jiran, kerja no 2..macam2..semuanya kena amik tahu dan amik pusing..betul tak?..so, kunci kejayaan yang paling utama adalah pengurusan masa yang betul..kalau orang dulu2 mungkin tak banyak yang perlu ambil tahu disebabkan kemudahan dan pendedahan tentang komputer kurang atau tiada..zaman sekarang IT memainkan peranan yang boleh dikatakan penting untuk mendapatkan maklumat..kita semua adalah mangsa kepada perubahan kejayaan tersebut..impaknya, kita wajib uruskan masa dengan sistematik dan teratur kerana kalau tidak, suami kemana , anak ke mana, fokus hanya kerja...keluarga??..ramai sangat aku tengok keluarga yang sibuk , anak-anak mencari kebahagiaan sendiri tanpa pengawalan...ini semua berlaku disebabkan oleh mak ayah yang tidak dapat mengendalikan perubahan kemajuan yang terlalu cepat dan tiada pengurusan masa yang betul...

bukannya senang kalau bercakap tentang pengurusan masa ni, aku pun sendiri masih terkejar-kejar dan cuba menyesuaikan dengan keadaan pada waktu itu..kerana kalau pandai buat timetable tapi tak follow buat apa?..kita kena tahu keadaan dan sesuai atau pun tidak masa tersebut untuk kita melakukannya..bukannya orang lain..tapi kita..sebab kita yang empunya jadual..satu jadual yang tak boleh tukar dan dikawal oleh orang lain adalah kerja dengan orang lain..terpaksa ikut jadual kerja..no choice..itu yang wujud monday blues lah, tuesday rock lah..hehehe..

so, aku sedang memantapkan diri dalam mengikut masa yang akan aku ubah untuk memastikan ianya sesuai dengan keadaan aku pada waktu itu..so, penuh dengan jadual hidup aku ni..tapi aku suka..ianya lebih teratur..chewah...tapi kalau ingat2 masa aku kecik2,..aku dah pandai buat jadual sendiri, siap buat jadual untuk adik2..tampal kat depan bilik...kat depan bilik tamu..kih kih kih..dah begini aku ni sejak kecil..semoga ianya akan memberikan seribu manfaat untuk aku yang ada "sedikit" tugasan yang perlu dibereskan setiap hari..kalau tak kuat iman, rasa dah demam seminggu..hehehehhe...

semoga aku terus kuat dan teguh menjalani hidup ini....amin..

Tuesday, June 16, 2009

Perjuangan di pagi hari

Kalau bercerita tentang kesibukan di pagi hari, aku rasa tak cukup page ni nak meluahkan..pagi yang telah ku susun jadualnya menampakkan sedikit perkembangan yang baik..alhamdulillah..anak2 yang sentiasa memberikan sejuta semangat, untukmu umi akan terus berusaha yang terbaik untukmu sayang...buat suami, semoga sentiasa disisi...thanks...

Monday, June 15, 2009

Pagi yang penuh dengan ketenangan....

Salam..

Dalam menempuh kehidupan ni, aku rasa hanya orang yang serius dalam melakukan apa sahaja yang dilakukan yang akan berjaya dan tahu apa itu erti kemanisan kejayaan...kekadang terpikir adakah aku ni terialu serius dalam memandang segala aspek kehidupan..tidak juga..aku akan serius bila memikirkan tentang bagaimana membina kehidupan yang berkualiti dan menambah nilai setiap hari yang aku tempuh..itulah aku...ada bahagian "keseronokan" dan being playful yang setiap orang akan rasa...itulah keadilan...

Bagi aku, untuk menempuh kejayaan bukan setakat bercakap kosong dan berangan sepanjang masa...bertindak..itulah bezanya dengan golongan yang hanya berangan dan berazam nak melakukan tapi akhirnya tidak juga membuahkan apa-apa....

Pagi ni pagi yang separuh indah tapi menginsafkan...hehe..satu permulaan...Alhamdulillah...

Sunday, June 14, 2009

Tetapkan Iman..Kuatkan semangat

Salam..

Rasenyer dah masanyer aku kena ikut jadual yang telah aku rancang berbulan-bulan lamanyer..ianyer akan aku teruskan untuk anak2 dan kepuasan diri...satunyer, ada yang merisaukan..bangun pagi..aku akan tanamkan azam agar aku dapat bangun pukul 5 pagi setiap hari....ada yang perlu aku bereskan pagi2 tuh...aku akan pastikan ianya dapat dicapai....aku kena kuat..aku boleh..chewah...ok, semoga aku dapat mengikuti semua yang dirancangkan...yes..tina boleh...amin..

Wednesday, June 10, 2009

Perjalanan yang semakin pasti

Salam..

Coretan kali ini aku rasakan terhenti seketika bila mengenangkan segala pengalaman dan dugaan yang diberikan oleh Allah..pada satu ketika aku rasakan bagaikan di penghujung dunia, betul orang kata tak kenal maka tak cinta..Alhamdulillah aku rasakan semakin dekat padaNya..pada Rasullullah tercinta, aku panjatkan doa agar sentiasa bersama umatmu yang selalu mengharapkan syafaatmu wahai Rasullullah...

Lima bulan sudah berlalu..masa bagaikan seperti petir, datang entah bila dan pergi tanpa sedar..setiap hari aku pastikan ianya dipenuhi dengan aktiviti yang memberikan nilai yang baru dalam perjalanan hidupku..kekadang tersilap langkah, kekadang salah membuat keputusan, kekadang merasa sangat bahagia dan bersyukur dengan segala yang dikecapi..aku sibuk menguruskan apa yang diamanahkan seperti biasa..cuma semakin aku sibuk menguruskan masa, semakin banyak masa yang aku ada untuk aku penuhi dengan segala aktiviti dan setentunya peluang-peluang perniagaan yang boleh aku garap..kekadang terasa diri adakah larat untuk melakukan itu semua..tapi, setiap kali aku patah, setiap kali itu juga aku akan bangun setelah memanjatkan doa pada Ilahi agar dikuatkan semangat dan sihat..pikiran sentiasa memikirkan agar aku lebih berhati2 membuat keputusan dan bagaimana melahirkan anak2 yang berkualiti di dunia dan akhirat...

Memang benar, sesetengah orang berkata fokus adalah kunci kejayaan..tetapi apa yang aku temui adalah lebih besar dari itu..hanya ianya masih belum aku coretkan disini setelah aku menemui buktinya satu hari nanti...insya Allah..

Yang pasti aku semakin yakin menempuh hidup yang penuh dengan liku dan juga sejuta keindahan yang masih belum diterokai....

Aku yakin dengan usaha dan doa, Allah sentiasa bersama...Amin

Wednesday, April 15, 2009

Bersyukur dengan apa yang ada

Dari tadi fikiran aku sentiasa memikirkan tentang segala nikmat yang Allah berikan kepada aku..memang manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada..sifat manusia yang lemah macam aku ni..sejak kebelakangan ni, aku selalu mengambil kira segala rezeki yang diberikan olehNya akan digunakan sebaiknya oleh aku yang sentiasa inginkan kelebihan untuk kesenangan di dunia....hemmm...tadi, aku ada baca sebuah buku, Rasullullah bersabda "Jika kamu tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan bayak menangis dan sedikit tertawa"..jelas, baginda hanya memandang akhirat kerana dunia hanya sementara........

Kita semua sebagai manusia biasa akan rase macam ragu2, takut dan gusar kalau duit tiada di poket..maka kita akan bekerja untuk memastikan perut berisi, simpan duit untuk masa depan dan ini semua memenuhi masa hingga 80% dari hidup kita...masa bersama Allah?...ada satu buku suatu ketika dulu yang aku baca juga ada menyebutkan bahawa kejarlah akhirat dan pasti dunia akan bersamamu..sedangkan zaman sekarang, manusia bukan berlumba2 nak mengamalkan kebaikan tapi berlumba melakukan kejahatan dan mengejek2 orang yang melakukan kebaikan...Masya Allah..ianya menular hingga ke anak2 kita yang mana kita pernah dengar kutukan kepada remaja yang memakai tudung yang melakukan perbuatan sumbang..mengapa kita mesti mencela dan mengkritik???..balik semula pada topik kita..

rezeki tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha..dan segala yang telah diberikan haruslah mendapat kesyukuran yang tidak terhingga dari kita..hargai setiap rezeki yang diberikan, Insya Allah ianya akan memberi kebaikan dan pahala

Tuesday, April 14, 2009

Aku Kembali Lagi

Salam dan Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni 15hb April, setelah lama tak menaip di blog ni, aku terasa seperti ingin mencoretkan sesuatu untuk sesiapa yang ingin membaca atau untuk diri aku sendiri. Pastinya lembaran 2009 ni, aku rasakan kelainannya sebab banyak yang ingin aku perbaiki dari masa ke semasa tentang kehidupan keluarga, bisnes, menjaga hati mak bak, perhubungan suami isteri dan tentunya bagaimana menjadi umi yang sentiasa disisi anak2 aku yang disayangi.

Rasenya dah nak masuk 3 bulan aku tak "mengupdate" apa yang aku buat selama 3 bulan ni..aku join balik great eastern untuk mendalami ilmu insurance dan yang terbaru aku dah pass exam unit trust dengan public mutual. Ini harap ianya akan memperkukuhkan kredibiliti aku untuk bercakap tentang kewangan dan of course boleh cari side income. Dalam 3 bulan ni juga aku membuat beberapa langkah "trial and error" dalam pengurusan masa untuk membawa semua yang diamanahkan seperti anak2, suami, keluarga, bisnes. Memang tak senang nak merancang dan jalankan tanpa banyak gangguan. Terasa yang paling mencabar adalah komitmen dengan segala aktiviti anak2. Fuuuuhhh..berpeluh seh nak pastikan diaorang 4 orang tuh menikmati zaman kanak2 diorang dengan gembira dan of course umi dia kena melatih diri untuk tahan bersabar sehingga 70% tu pun dah cukup baik. Setakat ni alhamdulillah, Allah bersama dengan aku, aku rase dah dapat rahsia dan cara dan mengurus tu semua tanpa ada banyak masalah. Penerimaan diri dan hati aku pun semakin luas dan lebih ikhlas dalam melakukan segala tugas yang memang aku pandang berat. Aku ingin sekali ucapkan terima kasih pada suami tercinta kerana banyak membantu. Mudah-mudahan segala perancangan aku yang selalu aku pastikan ianya berada dilandasan yang betul walaupun kadangkala terbabas sikit, dapat aku kuasai sikit demi sikit. Terima kasih Ya Allah....

Walaupun ada kawan2 kata terlalu banyak yang aku buat dalam satu masa, tapi aku bukannye manusia yang membabi buta dalam membuat keputusan..aku telah kaji dan perancangan yang aku buat telah aku identify untuk perancangan masa pendek dan masa panjang. Tak akan tercapai tangan kalau hendak memetik pelam kecuali menyiapkan galah untuk menjoloknya. Sekarang, aku masih menyiapkan galah tersebut. Cuma apa yang aku ada sekarang ni, aku kena pastikan semuanya semakin berkembang dan maju. Insya Allah.

Ok...itu sahaja untuk hari ini..nanti aku sambung lagi. Salam