Tuesday, November 10, 2009

Melangkah ke Puncak Kejayaan

Salam.

Pertemuan demi pertemuan dan pembetulan demi pembetulan aku telah lalui melalui perbincangan dan diskus bersama Johor Corp...arah tuju dan niat yang suci telah aku sampaikan pada tahap yang pertama...nampaknya mereka faham niat dan arah tujuku...

Langkah ku masih lagi panjang menuju ke arah itu. Tapi aku tetap dengan semangat yang utuh untuk terus berdiri walaupun dugaan yang datang satu demi satu..aku tetap bulatkan tekad untuk mencapai kejayaan yang diimpikan...dala mengejar kejayaan itu, aku banyak menyedari hakikat yang harus kita terima sebagai khalifah dibumi Allah..

Kejayaan itu tidak pasti tetapi kita harus terus berusaha dengan memastikan hari ini adalah permulaan dan pastikan ianya akan berakhir dengan iman dan takwa...dengan itu, kejayaan yang akan kita miliki adalah milik Allah dan bukan kita kerana kita adalah perantaraan yang merupakan salah satu cara Allah menyampaikan Islam kepada hambanya.....

Usaha yang dihasilkan akan sentiasa melahirkan kebahagiaan jiwa jika kita sedar bahawa dunia ini adalah sementara dan kita adalah pinjaman juga...abadi hanyalah akhirat....

Hemmmmm...yang penting ketenangan yang kita sedang hadapi pastikan ianya akan sentiasa melahirkan kita yang sentiasa tenang dan bahagia....................

No comments: