Wednesday, July 21, 2010

Manusia Merancang, Allah Menentukan.....

Rasanya benar segala yang dijanjikan olehNya..kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan...aku redha di atas segala yang berlaku..yang penting usaha telah dilakukan..dan yg paling penting, aku tak putus semangat.........rasanya this is the time untuk belajar usaha, redha dan tawakal....at the end, hati mesti bahagia...hidup hanya sekali.....akhirat selamanya....manusia yang bijak akan memastikan bekalan yang dibawa cukup untuk akhirat yang kekal selamanya........:)

Monday, May 24, 2010

Menulis

Salam...

Menulis. Satu patah perkataan yang sangat baru bagi aku...bukan menulis biasa tapi menulis sesuatu untuk semua ibu yang inginkan kerjaya semata-mata untuk membantu suami membesarkan anak dan menjadi ibu usahawan yang berjaya di sisi Allah...sekarang adalah akhir zaman..terlalu kerap ungkapan ini diutarakan oleh manusia..kita sebagai ibu kepada anak2 dapatkah mendidik, mendengar masalah mereka, melihat mereka makan apa, berkongsi cerita mereka disekolah....iman semakin rapuh, nipis..jika terbayang kita diambang kematian, memang rase cuak semacam mengenangkan amalan di dunia..kita sekarang ni pun terlalu banyak mementingkan dunia..akhirat???...terutama ibu2 yang tiada pilihan lain tetapi bekerja demi tuntutan semasa..yang pasti segala pengorbanan dan peluh yang menitis merupakan satu sumbangan/sedekah yang ikhlas kerana Allah...untuk siapa?..untuk anak2 dan suami......

Keperluan yang menuntun kita sebagai manusia menyebabkan ibu2 terfikirkan anak2 yang dikandung dapat diberikan ilmu yang berguna dunia dan akhirat...hantar ke sekolah agama tapi perangai masih tak ditahap yang memuaskan...jika kita sebagai ibu bapa telah berusaha sedaya upaya utk kejayaan mereka tetapi tidak tercapai, ingatlah dugaan dari Allah...yang penting sebagai ibu, ilmu hendaklah penuh didada, badan sihat dan minda cergas......dapat melahirkan ibu yang berwawasan dunia dan akhirat...

S0, penulisan masih dalam proses....jika inilah yang dapat membantu kaum hawa dalam melahirkan anak yang cemerlang, aku puas...mudah2 han sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan........Amin

Alhamdulillah,

Wednesday, April 14, 2010

#1. Hati Umi


Salam.


Setiap mak, ibu, mama, umi mempunyai hati yang sangat penuh dengan kasih sayang yang tidak ada tolok bandingnyer dengan apa pun dia atas muka bumi ini...mak adalah satu-satu anugerah dari Allah untuk setiap anak...


Aku masih ingat pengalaman mengandungkan anak pertama aku yang ditunggu-tunggu..segala persiapan dan nilai yang dapat aku terapkan untuk kebaikan anak-anak, aku cuba terapkan dalam pendidikan anak-anakku...yang pasti perjalanan masih panjang dan kita mesti berusaha selalu supaya anak-anak membesar dengan baik dan beriman...


Segala apa doa, amalan untuk anak-anak, aku cuba lakukan sebaik mungkin agar cita-cita melihat keempat-empat anakku membesar berjaya di dunia dan mendapat keampunan di akhirat akan tercapai...tugas seorang mak adalah sangat besar tanggung jawabnya terutama di rumah.........rumah......bukan tempat kerja........jadi, adakah seorang mak atau wanita yang berjaya di tempat kerja maka berjaya juga di rumah?...sedangkan tuntutan tanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak terletak dibahu mak...adakah kita sebagai mak dapat memikul kedua-kedua tanggungjawab dengan seimbang?..jika boleh, alhamdulillah..jika berat, maka fikirkanlah..............................................................................................................................

Tuesday, March 2, 2010

Happy Besday to Zahara - 2 years






Sayang Umi,
Umi doakan semoga Zahara akan membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa yakin dengan Allah, patuh pada perintahnya dan berjaya dunia dan akhirat....amin

Sunday, February 28, 2010

Next..my happiness


Percaya tak kalau aku kata kita akan rasa bahagia jika kita tidak dikongkong dan diarahkan oleh sesape utk menjalani kehidupan kita?..hehe..kecuali tanggungjawab pada Allah, itu wajib..yang lain kita berhak tentukan hidup kita...betul tak?..hidup kita, kita yang tentukan..hemm...tapi adakah kita benar2 beruasaha dan kuat utk mencapai itu semua?..kalau ada usaha pasti ada jalan...

Sunday, February 7, 2010

2010...adakah aku akan berjaya??


Salam..


Rasanya dah lama tak menaip di blog ni..sejak bulan 11 tahun lepas, aku terasa sibuk sekali...akhirnya awal bulan 2 ni, aku mula merasa lega...Alhamdulillah..akhirnya satu matlamat yang padu telah aku putuskan....


Hati aku semakin tenang walaupun sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab harian...cuba belajar lebih fokus dan menggunakan masa dengan sebaiknya...jalan yang akan ditempuh jika umur panjang masih jauh...aku sentiasa bersemangat untuk menempuh hidup baru...insya Allah kejayaan sentiasa akan mengiringi jika sentiasa berusaha dan panjatkan doa pada ilahi..


Senyuman akan kupastikan sentiasa terukir di bibir....