Monday, December 29, 2008

Kesibukan Melanda

Setelah bertungkus lumus memastikan tadika anakku khalifah berjalan seperti yang dirancangkan, aku bagaikan takde masa untuk tulis di blog ni..barulah ada masa ni nak taip sikit untuk buat masa ni...adikku siti tengah dalam hari, so, akulah yang kena terjun padang..dengan anak2 yang 3 orang bersekolah..aku terpaksa plan betul2..adawiyah masuk darjah satu...kakak dia ok dah darjah 5..hero aku abu bakar as siddiq baru nak sekolah tadika yang jauh sket dari mak dia..tahun lepas saje je aku suruh dia attend kelas tadika aku dari tak buat apa-apa..so, dia dah biasa..ingat nak continue kat tadika aku tapi memandangkan takut dia tak nak belajar sebab semua teachers dia dah kenal..aku sekolahkan lain..nasib baik tak nangis..bagus hero umi..kuat..alhamdulillah..cuma dah lepas seminggu sekolah kena pulak muntah2..dah nak masuk 3 hari..risau hati perut umi dia...lepas ni kalau tak ok, kena pi hospital kot....mudah-mudahan anak umi sihat lepas ni...baby yang kecik pun dah mula buang2 air besar..agaknye dah berjangkit dari abang dia...

so, semua keje tadika dengan nursery rasenye dah aman sket..sekarang ni tuisyen dah mula nak masuk pendaftaran baru..ada gak mak bapak dah datang nak tanye...aku banyak pass kat cikgu lain tapi masih ikut module dan cara pengajaran aku yang dah nak masuk 5 tahun...dah tak larat nak mengajar hari2..rase nak fokus anak2 yang dah mula nak mintak perhatian..so, aku letak priority di tempatnyer...nampaknye aku semakin tenang dan mula rase cool..kalau tak, gelabah semacam macam katak tengah demam kepialu..heheheh...aku rase bila dah cool ni macam dah tak macam dulu...cakap dah slow kalau dulu, cakap macam kapal jet...orang dengar pun mulut ternganga..kah kah kah....aku rase lepas ni aku dah boleh buat keje lain sket2...baby aku dah mula nak berjalan..ye ye..bila dia dah start berjalan, umi dia pun boleh berlari..macam kuda....ada anak kecik menjadikan mak2 rase tak sabar nak tunggu dia besar tapi yang pasti baby aku yang keempat ni dah faham beberapa actions yang menggelikan hati aku...hemmm..siti fatimah az zahara....aku panggil zahara..semoga menjadi anak solehah....amin....

Tujuan Hidup Yang Pasti


Kalau dulu, aku memandang kesenangan dunia adalah kebahagiaan..nak rumah besar, nak kete besar, nak itu, nak ini...sanggup berhutang kerana itu semua...cuma niat aku takdelah untuk kesenangan diri sendiri tetapi untuk keluarga dan anak-anak khususnya...so, aku pernah buang masa ke situ hingga menyebabkan hutang terlalu banyak yang aku pikul..masa tu, aku terlalu ikutkan kata hati..yang penting anak2 aku gembira..memang betul orang kata, ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya...sampai satu ketika aku rase aku terlalu ikutkan hati dan perasaan dan angan-angan yang tiada jaminan..termasuk perniagaan suami yang aku yakin akan berjaya..tapi tak juga akhirnya..aku pasrah dan banyak baca buku untuk mengembalikan keadaan seperti biasa...diri terasa bergolak disamping selalu menyalahkan orang lain..masa tu, aku rase benar-benar tak tenang dan sentiasa menangis...kekadang terasa hidup dah macam end of the world.....dalam masa yang sama, aku susun strategi nak pulihkan keadaan..kalau nak bergantung pada kerja aku yang satu dan susah nak memajukan diri, aku amik keputusan buat sesuatu yang berfaedah bagi aku dan keluarga khasnya anak-anak aku...kebetulan aku yang memang susah nak berpisah dengan anak..kalu boleh, biar diorang depan mata.........aku mengorak langkah menyusun, berfikir, bertindak dan tawakal...............


Alhamdulillah, sekarang aku lain sikit dari dulu...doa aku dikabulkan Allah peringkat demi peringkat...bermula dengan tuisyen, childcare dan sekarang tadika, banyak dah hutang aku settlekan satu persatu dan terasa serik nak berhutang kecuali betul-betul memerlukan..rasenya pendapatan bulanan dan dapat cover semua expenses termasuk hutang..walaupun takda saving lagi, aku bersyukur semua hutang card credit aku dah habis...dan sekarang nak clearkan hutang personal loan dengan umah pulak..kete kembara aku dah abis bayar, pernah terniat nak tukar kete besar, tapi setelah berfikir, kira-kira dan berbincang, aku rase tak payahlah...jaga je enjin dan maintain tiap-tiap bulan...lagi senang..kalau setakat anak 4 orang bolehlah lagi..nak jalan jauh, servislah sket..nak cari modal nak turun enjin dan servis semua..mungkin boleh tahan sampai 5 tahun lagi...lagi satu, setiap ilmu yang aku baca dari buku atau share dengan kawan-kawan aku praktikkan..nampaknya berkesan..aku dapat kawal dengan lebih teratur....nampaknya pendapatan yang ada cuma dapat bayar semua hutang dan commitment bulanan. tapi takde saving..............aku kena pikirkan tu gak..


So, aku amik keputusan yang aku kena buat sesuatu untuk menambahkan pendapatan aku untuk simpanan aku dan juga anak2...semakin hari keperluan diorang makin bertambah..anak2 yang membesar memerlukan sesuatu yang perlukan duit...aku kena bertindak dari sekarang...dengan itu, syarikat akaun aku aku bukak untuk savings walaupun belum apa-apa lagi..tapi semuanya right on the track...tinggal nak berlepas jer...aku pun tak nak sia-siakan ilmu perakaunan yang aku ada....bukan senang nak dapatkan chartered accountant........lepas ni, kalau diizinkan Allah, aku nak bukak syarikat audit.............tu untuk hari tua..kalau berkenaan pendidikan anak2 adalah minat aku..tapi yang ni adalah kemahiran yang aku ada...


Semua ni memerlukan pengurusan masa yang teliti apatah lagi aku memang takde pembantu rumah, aku kena pastikan semuanya berjalan lancar walaupun anak aku yang kecik sekali tu baru berusia 9 bulan 26 hari...so, dapat gambarkan gabannye aku?...nasib baik suami aku tu memang ringan tulang bantu aku buat kerja rumah dan jaga anak2 kalau nursery tutup.....aku bersyukur aku masih boleh berdiri bagi memastikan semuanya seperti yang aku rancangkan........setiap saat yang berlalu sangat berharga bagi aku..dah memang dari dulu, masa sangat penting bagi aku..semuanya kena disiapkan awal..aku bukannye manusia yang suka buat kerja di hujung waktu............


Kenapa aku masih terasa kuat dan bersemangat untuk meneruskan ni semua walaupun kekadang ada orang2 yang melemahkan semangat aku dengan mengatakan aku ni terlalu buat banyak benda..takut dikejar tak dapat, dikendong berciciranlah...yang pasti, aku tahu apa yang aku nak buat..orang nak cakap apa cakaplah..aku tak mintak diorang apa-apa...aku yang menanggung, aku yang merasa...kalau semua orang yang berjaya boleh mempunyai lebih dari 10 company..malahan aku pernah dengar ada seorang berjaya mempunyai 60 company...kenapa kita tak boleh???..yang penting semangat, bertindak dan berdoa.......aku yakin satu hari nanti aku akan bahagia, tenang dan menerima apa sahaja dugaan dengan senyuman............................Tina

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah 1430

Tahun baru esok merupakan satu hari yang akan memberikan seribu makna bagi aku yang sentiasa berpandang ke hadapan untuk berubah ke arah yang lebih baik..yang pasti ianya meberikan seribu pengharapan bagi diri aku untuk terus maju...aku masih seperti tina yang dahulu..takde apa-apa yang berubah kecuali nilai-nilai dalaman yang aku pastikan ianya akan membuatkan aku lebih baik dari semalam........................................................................

Aku tanamkan azam baru agar menjadi lebih rajin dan mengikut jadual yang telah aku rancang bertahun-tahun lamanye..sebagai manusia biasa, jadual yang aku susun selalunya ada aje yang tak dapat mencapainya sebagaimana yang aku nak...manusia berusaha, Allah menentukan cuma masih ada suatu yang aku wajib perhatikan adalah pandai mengurus masa dan memastikan aku tidak tidur berlebihan.......banyak artikel memperbincangkan tentang isu tidur..tidur mesti cukup..mesti ada berberapa jam yang perlu diisikan dengan tidur..memang tak dapat dinafikan itu semua fakta tapi menuju kearah kejayaan dan ketenangan..masa beribadat pada Allah juga tak dapat dilupakan..bagaimana Rasullullah berjaga dan beribadat pada waktu malam pada aku menjadikan manusia itu menjadi lebih kuat dan tenang..Islam tu adalah pelengkap kehidupan..semua yang terdapat dalam Al-Quran merupakan panduan dan pedoman bagi manusia..cuma kita ni, dilahirkan sebagai manusia penganut Islam dari keturunan selalunya ambil mudah dan hanya membaca Al-Quran tanpa mengambil inisiatif untuk memahaminya..aku menyedarkan diri aku juga yang selalu khayal dan mementingkan keduniaan selalunya..memang bukan senang menjadi khalifah di bumi ini...cuma kita harus selalu mengingatkan diri sendiri agar tidak terlalu jauh menyimpang dari landasan yang ada......

Walaupun ini sekadar coretan dan merupakan sedikit azam bagi aku coretkan di blog ni, bukan senang untuk memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...contohnya aku yang sentiasa berazam untuk bangun malam, tahajud dan memahami Al-Quran sentiasa kecundang..dengan hanya bangun untuk sembahyang subuh...bukan tak pernah buat..pernah tapi untuk seketika..pengalaman aku sendiri yang mengalami masalah yang tak dapat aku coretkan disini..menjadikan aku lebih dekat pada Allah..aku menjadi lebih redha dengan ketentuanNya...cuma nak jadikan amalan tu yang buat aku rase kena lebih kuat dan bersungguh-sungguh....insya-Allah aku pasti aku akan berjaya dunia dan akhirat.............ya Allah, engkaulah pencipta yang maha agung dan penyayang....setiap langkahku,setiap nafasku seluruh hidupku hanyalah kepadamu Allah...bersyukur padaMu Allah....Mudah-mudahan tahun baru yang akan menjelang akan memberi seribu rahmat buatku......................Amin

Friday, December 19, 2008

Aku Yang Serius

Dari kecil aku merupakan kakak sulong yang garang dan ditanggungjawabkan untuk menjaga adik2 yang seramai 6 orang..masih ingat lagi masa mak pegi keje ke singapore dengan bak untuk mencari rezeki seawal pagi 4:30..tinggallah aku dengan adik2..tak silap aku aku masih bersekolah rendah..mak bak terpaksa keluar kerja ke negeri seberang sebab nak pendapatan yang lebih nak menampung anak2 seramai 7 orang...kebetulan mak memang orang sana..bekerja sebagai tukang sapu di flet2..bak pulak kerja kat kilang tawas..pernah jugak aku ikut sekali sekala bila ponteng sekolah...bagaimana mak bak susah membesarkan aku, masih terlekat di kepala aku...sebab tu, aku tanamkan untuk belajar bersungguh2 sebab nak mak dan bak rase senang sket...aku masih berusaha ke arah itu..dari kecil aku berusaha belajar, dapat biasiswa..dapat keputusan taklah cemerlang tapi membanggakan mak dan bak..seingat aku lagi mak bak memang tak pernah nak paksa aku belajar ke peksa ke...aku pastikan aku laksanakan tanggungjawab aku...mungkin aku adalah manusia yang telah ditakdirkan sebegitu hinggalah sekarang ini...pada aku, tak boleh main2...kena serius sebab aku rase masa yang terluang harus diisi dengan manfaat dan berguna...aku jarang tengok tv kecuali dengan anak2..kalau semua tido, aku pun buatlah keje aku....kekadang aku terpikir yang kenapa seorang usahawan berjaya kekadang ada berpuluh syarikat nak diuruskan tapi semuanya dapat dikawal dengan baik dan tak pernah tinggal solat pun...macam mana dia boleh macam tu sekali?..yang aku tahu dan kaji rahsianye adalah masa..sebab tu aku serius tentang masa...aku terlalu serius jika aku membuat komitmen..keburukan aku adalah aku cepat menggelabah kalau ada masalah, tak dapat nafikan aku boleh selesaikan masalah dengan sedikit pantas, cuma ianye memberi kesan pada kesihatan aku..............taklah membahayakan tapi aku cepat gelisah jika ada masalah melanda..sebab tu, aku baca beberapa buku hanye kerana nak dapatkan ketenangan dan kebahagiaan dalam mencapai hasratku...bukannya takde orang berjaya tapi hidupnye nampak terlalu tenang dan sabar hadapi ujian Allah...itulah yang aku nak..........jangan terlalu kejarkan dunia sampai lupa akhirat..aku cuba menyeiringkannya...contohnya solat bila tiba masuk waktu...insya Allah, Allah nampak usaha yang aku lakukan dan mendengar segala doaku......................amin

lagi satu, aku minat mencari ilmu dan suka mencurahkan ilmu tapi tak bercita-cita pulak nak menjadi cikgu pada mulanyer..yang pasti aku selalu berdoa agar aku dapat mengajar..tapi akhirnya setelah dapat master..aku mengajar jugak dari anak2 kecil hingga tingkatan 5...jiwa aku rase tenteram bila dapat mencurahkan ilmu di dada...apatah lagi ilmu akaun yang memangnya merupakan sebati dalam diri...ketentuan Allah tiada siapa yang tahu..yang pasti perjalanan hidup aku terasa bersinar nun dihujung....pusat asuhan kanak-kanak tempat aku mencurahkan kasih sayang dan pengajaran Islam asas, tadika yang ingin sekali aku terapkan jiwa mengenal Allah dan Rasullullah disamping melahirkan anak2 yang cerdik, pintar, berilmu dan beriman, pusat tuisyen yang aku pastikan setiap pelajar aku mendapat ilmu tambahan dari sekolah masing-masing.........ini semua membuatkan aku puas..disamping mencari rezeki yang halal untuk anak2 membesar dengan sihat, berilmu dan beriman....................ya...aku merasa bahagia melakukan kesemua ini walaupun kadang-kadang terasa penat dan letih melanda......sekarang, aku semakin jelas dan yakin apa yang aku usahakan ini akan membuatkan aku lebih bahagia dan setentunya untuk mendapatkan jiwa yang tenang dan mengimpikan syurga di sana................Ya Allah, kaulah tuhan maha pengasih lagi maha penyayang, hanya padaMu tempat aku berserah dan bermohon, aku adalah insan yang lemah dan hina, redhailah setiap niat dan langkahku hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaanmu..rahmatilah usahaku....Amin

Wednesday, December 17, 2008

Harapan Pada Manusia Biasa

Aku nak cakap sesuatu tajuk harapan pada manusia ni...biasalahkan harapan kita pada ibu bapa, suami, anak-anak, kawan-kawan..kekadang kita terlalu berharap sampai kita lupa yang dia pun manusia biasa macam kita juga...kekadang hubungan kita rapat membuatkan kita mengharap sesuatu pada orang yang ada kena mengena dengan kita sampai kita lupa bahawa kita sebenarnya sepatutnya lebih dahulu memastikan yang kita ni "clear" dengan Allah...aku dapat satu conclusion pagi ni yang kalau kita tiada salah apa2 pada Allah, maka kita dengan orang sekeliling kita pun akan aman sebab kita cuma menyibukkan diri kita dengan bagaimana nak memperbaiki hubungan kita dengan Allah...bukan aku cakap ni, aku tak nak amik tahu orang2 yang ada disekeliling kita, selalunya sebagai isteri kita akan selalu cepat merajuklah, marahlah, tak puas hatilah....pompuan...tetapi yang penting adalah kita pastikan kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai manusia yang telah diamanahkan oleh Allah..contohnye, kalau kita isteri kena bersikap baik pada suami, buat dia bahagia..kalau dia tak dapat nak buat kita bahagia, itu urusan dia dengan Allah..yang penting kita ni.....supaya kita akan menjadi manusia yang tenang dan bahagia sentiasa....jangan ada yang kita rase keruan atau "tak lepas" dengan manusia yang "rapat" dengan kita....sekarang ni, terlalu banyak hal remeh temeh yang menjadi isu besar dalam rumahtangga, hal yang terlalu kecil dan tak penting...selalu menjadi sebab pada pergaduhan dan perceraian..aku pun sama..cuma, pagi ni aku pikirkan satu formula untuk menghadapi masalah ni semua..jadi, apa pun kita kena ubah cara pikir, cara bertindak dan amalan-amalan yang pastinya seharusnya dipraktikkan tanpa gagal.

Kita ni kalau nak berubah, cakap memang senang tapi hati kita ni kena ikhlas dan bersungguh-sungguh. Bukan cakap aje, tapi tak buat..so, kalau betul2 nak berubah kena bertindak dengan niat dan tindakan yang jangan gagal. Kalaulah dalam rumahtangga dapat menghormati, menyayangi dan memahami antara satu sama lain dengan ikhlas tanpa ada apa2 yang tak "clear" dalam hati masing2, aku rase ia akan aman. Jangan mempertikankan kenapa tak macam ni, kenapa tak macam tu sebab Allah tahu segalanye...yang penting, hubungan kita dengan Allah wajib diperbetulkan dulu...baru datang yang lain. Sama juga orang kata, jaga komitmen dalam keluarga dulu baru komitmen kat tempat kerja, barulah kita akan bahagia dalam kata konteks sebenarnye..tapi, aku tambah satu pagi ni, sebelum keluarga, hubungan dengan Allah kena betul dulu. Semua orang tahu tentang itu tapi sikit saje yang mempraktikkannye..kita manusia biasa yang dikelilingi oleh syaitan yang selalu menghasut dan tak kurang juga manusia yang telah dihasut syaitan yang selalu berada disekeliling kita...kita kena sedar dan berubah untuk diri kita sendiri dan juga untuk orang2 yang rapat dengan kita.........yang lainnya, aku serahkan pada diri aku sendiri dan sesiapa yang menbaca untuk merenungkannya..........................................Tina

Monday, December 15, 2008

Hari Yang Ditempuhi Dengan Redha




Aku adalah seorang manusia yang selalu berusaha dan yakin akan berjaya.Tapi..tak semua apa yang aku impikan akan dapat. Dari situ, aku mula belajar tentang redha dan tawakal. Masih berusaha agar aku dapat menghadapi segala dugaan dengan hati yang tenang. Sebab setiap kali aku menghadapi ujian Allah, hati aku akan cepat keruan dan muka aku apatah lagi..tapi, itu semua telah menjadai satu "trigger" untuk aku berusaha mengubahnye..kalau tak, aku jugak yang susah nanti timbullah penyakit darah tinggi, migrain, sakit dada..sedangkan aku sebenarnye perlu lebih sabar dan tenang..nak dapatkan tu semua, memang payah sebab aku kena selalu ingatkan diri sendiri supaya selalu berzikir dalam hati. Dah memang selama 3o lebih tahun hidup di muka bumi ini, rasenya nak jadikan satu amalan susahlah sikit..so, aku selalu bukak zikir2 taubat yang menyenangkan hati bila membacanye..tapi, dah dikatakan syaitan yang selalu menggoda manusia, aku kekedang selalu terlupa...pernah sekali bangun malam tapi sekarang ni terasa susah nak bangun,..hemmm..semangat kena kuat...macam kawan aku kata, kena tido pukul 2, bangun kul 5...malam jangan makan banyak, mesti jangan baring...tapi tak terbuat lagi...aku akan pastikan aku boleh..insya Allah..niat yang baik mesti Allah tolong.......oklah, itu saje nanti aku sambung lagi.....................................................................Tina






Manusia Istimewa

Dalam kehidupan kita, kekadang tanpa disangka kita bertemu dengan orang yang tak diduga..macam pengalaman aku, berjumpa dengan orang istimewa yang banyak memberi nasihat dan panduan hidup amat aku hargai dan syukuri...ramai kawan-kawan yang selalu disisi memberi semangat ketika aku rase jatuh...terima kasih tak terhingga buat semua yang menyanyangi diri ini dan sentiasa memberikan ilmu dan kata pendorong dikala aku susah..walaupun kekadang mereka ingin menghulurkan bantuan, aku memang tak akan menerima kerana aku adalah aku yang sentiasa bekerja keras untuk kepuasan diri sendiri..buat manusia istimewa diluar sana, aku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga yang akan ku kenang hingga ke akhir hayatku......................................................................................................Tina

Thursday, December 11, 2008

Menuju ke hari ulangtahun perkahwinan yang ke 11..


Salam buat semua...


lagi 2 hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 11..dah 11 tahun rupanyer..banyak suka duka, onak duri aku lalui bersama suami aku...si pipit nama gelarannye..bukannye dia kecik macam burung pipit sebab nama dia hanaffy digelar pi..so, senang pipit..masa baru2 kenal dia ni cikgu silat aku...entah kenapa hati terpaut disebabkan oleh kehitamannye kot..hehehe..nampak macho...keh keh keh...adalah sebab sebab aku suka dengan suami aku..pada aku, hitam ni macho, nampak gagah macam pendekar...lagipun dia mengajar silat kan..so, makin nampaklah sifat seorang lelaki....dia adalah seorang lelaki yang jujur, ikhlas dan sayang kat aku...not perfect tapi aku yakin dia boleh membahagiakan aku...insya Allah..masih berdoa agar perkahwinan aku akan berkekalan hingga akhir hayat..selalunye hari ulangtahun ni taklah pegi mana2 tapi adalah wish..hadiah kadang2..yang pasti dah 11 tahun, aku rase tak sangka dah jauh perjalanan aku melayari perkahwinan...aku masih berusaha untuk menjadi isteri yang baik...sebab aku ni banyak kekurangan...salah satu garang macam singa..hehehe..biasalah...dapat mak garang..so, terikut2 kot...apa pun aku bersyukur dengan apa yang ada..semoga ianye akan menjadi pendorong dan semangat untuk aku terus berjuang...........


itulah cerita serba sket tentang hubby aku yang aku panggil abang...semoga abang akan terus kekal menjadi suami dan ayah yang baik buat kami semua...amin...



Wednesday, December 10, 2008

Happy Besday to Aisyah














Inilah anak aku yang pertama.......Siti Aisyah Qurratulaini Binti Hanaffy..Aisyah sayang, umi ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 10 tahun..semoga panjang umur, bahagia hingga akhir hayat, menjadi anak yang solehah dan menjadi khalifah yang dapat menyumbangkan sesuatu untuk masyarakat Islam..umi sentiasa berada dibelakang Aisyah walau apapun jua keadaan..umi sayang sangat kat Aisyah....Jangan lupa pesan umi, dah masuk 10 tahun..sembahyang jangan lupa kalau tak kena rotan..umi beli rotan tu sebab Aisyah tau..so, this is ur challenge to commit after reach 10 years today...umi doakan Aisyah akan sentiasa kuat dan tabah....Insya Allah satu hari nanti Aisyah akan menjadi akauntan yang berjaya..teruskan perjuanganmu sayang....


Kebahagiaan Aku

Kalau bercakap tentang kebahagiaan aku, aku pasti yang aku dihidupkan di muka bumi Allah ini kerana untuk menikmati kebahagiaan yang dianugerahkan oleh Allah disamping memperhambakan diri padaNya...yang pasti kebahagiaan aku adalah anak2..dari mula mendapat anak pertama, kebahagiaan aku adalah bila sentiasa disamping anak2..tiada yang menenangkan bila bekerja dengan anak2 disisi..impian aku menjadi kenyataan bila childcare centre yang aku usahakan mula beroperasi hingga sekarang..walaupun masih bekerja setengah hari di Suara Johor, aku mula merasakan hidup aku semakin tenang dan kurang memikirkan tantang keselamatan dan kebahagiaan anak2 aku...naluri ibuku sememangnyer kuat dan naluri itulah yang membuatkan aku teruskan hidup dengan penuh bersemangat..teringat waktu melahirkan anak aku yang pertama..Siti Aisyah Qurratulaini..11hb Disember 1998, 9:07pm setelah sakit sejak 3:00 petang..aku sungguh gembira melihat wajahnyer...segala sakit yang aku tanggung rase hilang bila mencium pipi Aisyah...dah nak masuk 10 tahun dah anak aku yang pertama tu...esok harijadinya...

walaupun penat seharian melayan kerenah anak2 yang dah masuk 4 orang, setiap kali sebelum tidur, aku akan tersenyum puas kerana sudah memberikan yang terbaik pada mereka setakat hari ini cuma aku ni seorang yang cepat marah dan cepat sangat naik angin kalau kerenah yang tak dapat aku tangani sebagai mak....masih berusaha supaya dapat kawal marah aku tu sebaiknye....insya Allah...pelajaran aku cuba berikan yang terbaik dan kalau boleh aku nak didik anak2 aku agar mengikut ajaran Islam yang sebenarnya...cabaran yang kuat sebab latar belakang keluarga aku takdelah yang berketurunan ustaz atau imam tapi aku akan cuba selagi hayat dikandung badan.....ilmu yang banyak aku perolehi dari buku2 akan aku praktikkan perlahan2 walaupun bukan senang nak bahagikan masa dengan kerja, childcare centre, tadika & tuisyen.......tapi, aku akan pastikan aku akan berjaya..Yes!!....Amin....

kekadang aku tak pernah terpikir yang aku akan bukak chilcare & education centre ni...dah ketentuan Allah....alhamdulillah..disamping anak2, aku pastikan apa yang aku ada adalah untuk mengajar dan membimbing anak2 dan mengenal siapa Allah dan Rasullullah...aku pasti niat yang betul akan diberkati oleh Allah...memandangkan aku ni serius dan memang berikan komitmen yang terbaik bila terlibat secara langsung dengan apa2 pun...so, siapa yang dapat cikgu macam aku ni, memang tak boleh nak duduk senang lenang..heheh..

itu sajelah dulu untuk malam ni...nanti aku sambung balik...anak aku yang no 2, Rabiatul Adawiyah dah berpindah dari bilik dia ke bilik aku...kencing malam lagi..hemmm...biaselah anak2..........jumpa lagi...salam...

Tuesday, December 9, 2008

Hati Yang Tenang dan Bahagia

Salam..

Aku nak menulis pasal hati yang tenang..sebenarnye kita ni semua kalau bercakap pasal hati, aku rase ada banyak benda nak diceritakan kan?...Tapi..sesungguhnya bukan senang nak mendapatkan hati yang tenang..kita kena berusaha agar ianye tenang, aman dan bahagia...pengalaman aku hanya apabila berzikir dan mendengar zikir..bukannye hari ni praktikkan lepas tu dah rase..aku rase kita kena ikhlas dan menerima apa jua dugaan dengan hati yang tenang...dan lagi jangan berpikir yang bukan2 atau menyibukkan diri dengan benda yang tak pasti...yang pastinya esok akan datang dan jangan menyibukkan diri dan pikiran tentang esok, setakat merancang boleh tapi Allah yang menentukan..jadi redha kena sebati dalam diri...aku mengingatkan diri aku sebenarnya..alhamdulillah..aku semakin jelas dan insya Allah akan merasa redha dengan segala yang ditentukan....segala yang ditentukan ada hikmahyne..jadi kalau kita sibuk sangat dengan urusan dunia, maka kita akan merasa tiada masa untuk akhirat..sedangkan yang patut kita kejar adalah akhirat, dunia akan berada di dalam tangan kita.............senang tulis dan cakap tapi terpulang pada manusia yang menginginkannya.......tepuk dada tanya selera.........

itu sahaja untuk pagi ni, nanti aku sambung balik................salam.

Niat yang ikhlas

Pengalaman aku dalam rumahtangga yang nak mencecah 11 tahun lagi berapa hari sungguh merupakan pengalaman yang tak terhingga nilainya...pengalaman pahit manis, gelak ketawa, suka duka, merajuk, macam-macam ada..nak tergelak ada...nak menangis ada..nak macam tak nak hidup pun ada...hemmm..macam2..aku cuba atasi satu persatu dengan sedaya upaya..niat yang ikhlas...kalau pasang niat yang ikhlas, aku percaya kita akan berjaya dan rase hasilnyer satu hari nanti...orang kata jodoh tu ketentuan Allah..aku percaya..kekadang, kita rase kenapa dia kahwin dengan orang macam tu..nampak laki dia punyelah perfect, bini dia koro jer...nampak bini dia punyelah cantik, laki dia macam lembap dan malas ajer...semua tu ada hikmah disebaliknyer...kekadang kita sendiri bertanye soalan tu pada diri kita..kenapa??...kenapa??...kenapa???...tak baik tanye soalan tu pada Allah yang tahu segalanyer..kita tak tahu apa akan berlaku sekejap lagi, manusia merancang Allah yang menentukan...sampai satu ketika kita akan tahu jawapannye....apa yang aku cakap ni memang benar dan banyak yang mengaku kebenarannya...........

lagi satu pasal niat, kalau niat betul dan kita pegang dgn niat yang ikhlas tu, Insya Allah, kita akan diberkati walaupun kita tempuh onak dan duri.........yang penting kita kena sabar dan selalu berdoa..nampak mudah tapi susah nak buat..nak pastikan solat cukup 5 waktu pun pelbagai rintangan kita tempuh..apatah lagi amalan2 yang lain, solat malam, puasa sunat, berzikir....aku selalu baca buku agama untuk menambahkan pengetahuan...nak berguru, rasenyer kalau nak revise balik masa sekolah agama dari darjah 1 sampai khas dulu pun tak terbuat...tapi hati selalu menagih untuk menambah ilmu agama didada...kekadang ditengah perjalanan, terjumpa insan2 yang sudi memberikan ilmu mereka dan juga pengalaman mereka dalam menempuh hidup ini..alhamdulillah......syukur pada Allah...... ..

aku tak tak tahu apa yang nak dikupas lagi tentang niat yang ikhlas, aku rase aku bercakap tentang niat pernikahan yang dimulai dengan niat yang ikhlas, insya Allah akan berakhir dengan rase kesyukuran atas segala kurniaan Allah...anak-anak yang dianugerahkan wajib dipikul dengan rase tanggungjawab dan kasih sayang.........dalam mengharung hidup ini, moga ku tidak tumbang digoda oleh syaitan dan moga aku terus berdiri tegap walaupun badai menimpa.........

Monday, December 8, 2008

Harijadi Aku yang ke 34

5hb Dec yang lalu, genap 34 tahun umurku didunia ni...banyak gak hadiah2 yang tak disangka..first sekali dari suami tercinta...handphone..walaupun aku dah ada handphone..agaknyer dia tgk sian aku punye handphone..aku ni memang tak reti nak tukar2 hp kalau tak rosak..time kasih bang...bukan hadiah tapi pengorbanan yang sungguh sabar dgn sikap aku yang kekadang betul kekadang tak..hehehe...anak2 aku yang sudah mula mengerti, aisyah & adawiyah..kad yang paling cantik...thanks sayang....time kasih pada mak bak yang dicintai dunia akhirat..bak kasi kasut, carlo rino lagi, mak bagi cincin emas campur emas putih...cantik..sayang kat mak bak yang paling the great in the world..adik2 ct, liza...thanks on the jam yang memang aku pun takde jam yang mahal..yang ada sekarang ni pun yanga sik tertanggal dia punye pin..hehehe..diorang macam tahu yang aku memang perlukan jam...amir, thanks for the wish..diorang siap celebrate kat warung makan junction, kena potong kek sambil nyanyi ramai2..malu seh...kurang asam belacan betul adik2 aku nie...on 6th dec, kawan baik aku, amoi datang umah bagi hadiah...tudung & brooch...moi, thanks moi..ko lah kawan aku dunia akhirat...sayang kat ko....

hemmmm....aku rase dihargai...disayangi..kekadang aku je rase diri ni tak disayangi..biaselah bile rase down sket, ada jer yang merasuk pikiran...aku patut bersyukur dikelilingi oleh orang2 yang memang sayang kat aku...Alhamdulillah...

Buat suami yang sanggup berkorban untuk berubah, aku rase inilah hadiah yang tak ternilai pada hari raya korban semalam...11 tahun aku menunggu..mudah-mudahan berkekalan hingga akhir hayat...Alhamdulillah..

Nanti aku sambung balik, tgh keje ni..tak sabar2 nak tuliskan pengalaman aku 2 3 hari ni..nanti sambung lagi....yang penting sekarang ni aku rase hepi dan bersyukur...alhamdulillah..Ya Allah, terima kasih..

Chow & Salam.....buat masa nie...

Wednesday, December 3, 2008

Sibuk & Isteri Solehah????

Aku rase kalau dikategorikan sibuk..aku lah orangnyer..banyak kerja nak buat dalam bulan 12 ni..nasib baik plan dari awal..sian adik aku yang tengah membuyung, tengah tunggu hari..kena gak abiskan keje tadika2 yang tak siap sebelum bersalin..so, kalau dia dah bersalin, akulah yang akan tunggang langgang..mudah mudahan semuanyer akan berjalan lancar dan licin..pada sesape yang rasenyer nak tolong aku untuk menenangkan keadaan yang akan huru hara tak lama lagi, silalah bagi pandangan2 cool yang akan meningkatkan semangat dan daya juang aku ni ye...aku rase aku akan berjuang agar semuanye akan mencapai matlamat yang aku rancang..insya Allah dengan izin Allah..anak2 aku yang tersayang, kalau umi dah ada duit sket, nanti umi bawak jalan mandi kat laut ye..hehe..nak berjalan pun, susah aku ni sejak2 menjinakkan diri dengan berniaga..yang penting aku puas dan tahu arah tujuan hidup aku ka??????...esok????...harijadi yang 34...suami dah bagi hadiah..jeng..jeng..handphone kedua sebab dia tgk handpone aku dah macam nak hancur..dah memang aku ni kalau dah satu hp tu, satu ajelah..takde yang lain..setia...keh keh keh...

sian suami aku tu, aku ni selalu buat dia pening kepala dan sampai tak tahu nak buat macam mana nak pujuk..tulah...sape tak suruh pujuk betul2 kan???..hemm..kalau dah kejadian pompuan ni, macam tulah..baca kisah nabi pun, sedangkan isteri2 Rasullullah yang begitu ulung imannye pun cemburu dan mendatangkan berbagai kerenah pada Rasullullah..apatah lagi aku kan?..berusaha gak nak jadik isteri yang terbaik...heemmmm..payah..setan banyak sangat yang goda..jangan..jangan...doa dan ibadat kena banyak lagi...yang lain rase ok, nak jadi isteri yang baik ni rase payah sket..kalau ada petua2 bagilah kat aku yang kurang ilmu ni.....

mungkin sejak dapat anak2 ni, aku rase lebihkan anak dari suami..lagikan dah 4 orang sekarang ni...rase melayan diorang, sampai tidur pun tak sedar bom kat sebelah kot..nak menggambarkan betapa penat dan letihnyer melayan kerenah anak2 ni kan?..ni pun berangan nak beranak sampai 7 orang..bole ke?...hehee..aku rase tak tahulah macam mana ek..kekadang tengok orang ada anak2 ramai ni, seronok sangat..meriah dan makin bertambah rezeki...ada satu buku tu kata, kita ni dalam Islam banyak yang dah mengikut telunjuk barat, "family planning"..mana ada perancangan keluarga dalam Islam?..kalau Allah dah kata "kun fayakun"..rancang lah macam mana pun, lahir gak anak kita....aku pun merancang gak..bila baca buku tuh, aku rase memang betul...buat apa nak rancang2 kan???..takut nak dapat anak?...Allah janjikan rezeki bagi setiap manusia..kenapa kita perlu risau tentang hari esok???..kita tahu ke apa nak jadi esok??...atau kejap lagi????..tahu????..tak tahu kan????..pikiran kita dah banyak dimomokkan dengan akidah2 yang terpesong...termasuklah aku yang kurang ilmu ni...masuk bab suami tadi, aku memang rase sibuk giler....kekadang takde masa nak layan suami...hemmm..mana tak nye banyak sangat benda nak buat..tapi aku rase suami aku faham..korang rase???...entahlah...mudah mudahan aku dapat pecahkan tembok yang tebal sangat dalam hati aku nie untuk menjadi isteri solehah...amin................

Friday, November 21, 2008

Dari Dr Aidh Abdullah Al Qarni

Salam.

Ku ingin sekali menyalin semula kata2 insan di atas yang ku dapat dari buku beliau bertajuk "Taman Yang Indah"

1) Banyak berisghfar dan bertaubat dari dosa2, berterusan mengetuk pintu yang maha mengetahui yang ghaib, meminta dibukakan hati, maka sesungguhnya Dia maha menerima ke atas sesiapa yang bertaubat.
2) Berterusan berzikir mengingatinya dalam setiap keadaan, menetap dan bepergian dengan mengucapkan "Ya dzal jalaal" (wahai Tuhan yang maha agung) dengan menyatukan hati dengan lidah ketika mengucapkan perkataan-perkataan ini.
3)Hidup dalam batas hari ini dan melupakan hari semalam yang telah berlalu, tidak menyibukkan diri denan hari esok kerana ia hukum musafir. Maka semalam telah mati, hari ini kelahiran dan hari esok bagi yang menunggu.
4) Ketahuilah bahawa kehidupan itu pendek dan jangan anda memendekkannya dengan fikiran2 yang berbahaya, kesedihan2 yang berkobar dan kedukaan yang banyak. Sesungguhnya kehidupan itu adalah kehidupan kegembiraan dan keriangan.
5) Jadikanlah fikiran2 anda pada perkara yang berfaedah dan jadikanlah seluruh perkara terpuji di hadapan matamu. Jika anda memperbaiki fikiran2 anda maka anda bahagia kerana anda menghasilkannya.

Kata-kata yang sungguh dalam untuk direnungi dan payah untuk melakukannya...tapi dengan kesungguhan dan iktizam yang kuat, insya Allah aku yakin sesiapa boleh berjaya..

Santapan Mata






Gambar2 yang mencuit hati......




Thursday, November 20, 2008

Makhluk Tuhan Paling Sayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Setiap kali aku cuba mencoretkan sesuatu disini, yang aku pasti ada seseorang yang akan membaca dan cuba memahami apa yang aku lalui....walaupun mungkin tiada, tapi aku pasti aku sendiri sudah cukup untuk mengetahui dan mencoretkan sesuatu segala pengalaman yang aku tempuh setiap hari..hari2 yang Allah anugerahkan penuh dengan kesyukuran..aku merasa bersyukur dikelilingi oleh makhluk2 Allah yang sentiasa memahami, menyokong dan menyayangi..masya Allah..satu nikmat dariNya yang tak dapat kugambarkan dengan kata2..

Semangat dan azam dalam diri sentiasa membara untuk memperjuangkanMu dan Rasullullah..itu matlamat hidup yang jelas bagiku...aku akan pastikan ianya akan tercapai hingga nyawa tiada di tubuh..yang pasti, segala yang bermain difikiran akan kujadikan realiti hingga perjuangan yang terakhir..aku sedikit keras dan serius dalam bab ni..dalam memikirkan penghayatan iman dan praktikal dalam menghayati Islam yang sebenarnya...remaja yang semakin keluar dari landasan didepan mata ibu bapa yang terlalu lemah untuk menegur apatah lagi mengambil tindakan agar apa yang dilakukan oleh anak2 tidak menyalahi yang dilandaskan oleh agama....sedih...terharu..pelik...apa dan mana silapnye kita sebagai mak ayah??...apa yang dikejar hanyelah rezeki yang telah dijanjikan Allah...adakan kita lupa atau buat2 lupa?...mungkin ya..mungkin tidak..aku perhatikan mak ayah sendiri semakin hanyut...jika diri sendiri sudah alpa dan lupa atau tak ambil berat..nak menegur dan mengajar anak?.........

Mungkin satu hari, masyarakat berilmu akan semakin ramai dan mula mencurahkan ilmu kepada masyarakat yang lain...fardhu ain & fardu kifayah.....amin.......

Tuesday, November 11, 2008

Hidup penuh senyuman

Salam.

Orang kata berperang yang paling besar dan susah adalah berperang dengan nafsu sendiri. Fokus aku untuk mencapai semua plan yang aku atur bertahun-tahun dengan susah payah sudah menampakkan jalannya..cuma yang pasti setiap apa yang kita harapkan, perlu didahului dengan tindakan..bagi aku, rase nye nak berperang dengan diri sendiri untuk menghapuskan satu persatu sifat amarah dan nafsu..hemm..aku akan cuba...

Senyuman akan kuukir sentiasa dibibir walau sukar manapun..kekadang tak boleh jugak senyum, bila marah..kelemahan aku..biasanya orang nampak remeh..aku nampak serius..itulah yg membuatkan aku selalu marah..tapi sekejap aje..sentiasa berdoa dan berzikir...harapan agar ianya akan menjadi sebati dalam diri...

Aku akan pastikan setiap pergerakan aku dirahmati Allah.....

Friday, October 17, 2008

Jumaat yang pasti

Hari yang menenangkan membuat ku lebih berfikir secara mendalam. Ya..yang penting fokus dan matlamat yang ingin ku capai. Aku semakin jelas dan yakin aku akan berjaya. Demi anak2 tercinta.. Hadijah & Associates memulakan langkahnya..Ya Allah, rahmatilah usahaku...

Wednesday, October 15, 2008

Jalan yang menenangkan..

Salam buat semua..

Hidup yang dilalui terasa sukar dan semakin mencabar dengan segala masalah yang harus kutempuh satu persatu. Alhamdulillah..senyuman ceria anak2 dan bibir yang sentiasa memberi kata2 celoteh buat umi mereka..menjadikan aku terus berdiri...aku semakin tenang..terasa Allah bersamaku..Ya Allah..bimbinglah aku...segala strategi telah kususun..Insya-Allah 2009 melambai dengan harapan yang penuh kesyukuran dan keimanan..semoga semangat ku teguh seteguh iman Rasullullah..demi memperjuangkan Islam, Rasullullah..ku mulai dengan bismillah..Al Khwarizmi yang dibina semoga akan bertambah teguh dan Hadijah & Associates yang akan bermula tidak lama lagi..

Aku akan berusaha dan berdoa pastikan ini semua akan tercapai...langkah yang dimulai dengan bismillah....

Monday, April 28, 2008

Hidup ceria bermula

Mula bekerja setelah duduk dirumah dengan baby baru. Kurniaan Allah. Rase bersyukur atas setiap yang dirahmati kepadaku. Permulaan yang bersemangat untuk memulakan hidup yang lebih bermakna. Wang bukan segalanya. Tapi ia merupakan faktor penting dalam kehidupan, bagi mendapatkan kehidupan berkualiti dan jiwa yang tenang. Mungkin kerana hutang sekeliling pinggang. Azam baru akan kuteruskan jua.

Thursday, April 24, 2008

Salam Perkenalan

Salam kepada semua yang sudi singgah ke blog ku ini. Salam perkenalan bagi semua yang tidak mengenali dan salam sahabat bagi kawan-kawan yang sentiasa disisi. Kehadiran semua dalam hidup ini selalu menceriakan dan menggembirakan kehidupan yang Allah anugerahkan pada hidup aku ini.

Aku adalah seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak-anak yang sentiasa membahagiakan bila ada disisi. Penyuntik semangat dan inspirasi..anak-anak. Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan liku dan dugaan ini, aku sentiasa berdoa agar di berkati dan dirahmati dalam setiap tindak laku dan perkataan. Semoga seungkai kata perkenalan ini akan memberikan setitik noktah salam perkenalan bagi yang membaca.

Salam

Salam