Thursday, November 20, 2008

Makhluk Tuhan Paling Sayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Setiap kali aku cuba mencoretkan sesuatu disini, yang aku pasti ada seseorang yang akan membaca dan cuba memahami apa yang aku lalui....walaupun mungkin tiada, tapi aku pasti aku sendiri sudah cukup untuk mengetahui dan mencoretkan sesuatu segala pengalaman yang aku tempuh setiap hari..hari2 yang Allah anugerahkan penuh dengan kesyukuran..aku merasa bersyukur dikelilingi oleh makhluk2 Allah yang sentiasa memahami, menyokong dan menyayangi..masya Allah..satu nikmat dariNya yang tak dapat kugambarkan dengan kata2..

Semangat dan azam dalam diri sentiasa membara untuk memperjuangkanMu dan Rasullullah..itu matlamat hidup yang jelas bagiku...aku akan pastikan ianya akan tercapai hingga nyawa tiada di tubuh..yang pasti, segala yang bermain difikiran akan kujadikan realiti hingga perjuangan yang terakhir..aku sedikit keras dan serius dalam bab ni..dalam memikirkan penghayatan iman dan praktikal dalam menghayati Islam yang sebenarnya...remaja yang semakin keluar dari landasan didepan mata ibu bapa yang terlalu lemah untuk menegur apatah lagi mengambil tindakan agar apa yang dilakukan oleh anak2 tidak menyalahi yang dilandaskan oleh agama....sedih...terharu..pelik...apa dan mana silapnye kita sebagai mak ayah??...apa yang dikejar hanyelah rezeki yang telah dijanjikan Allah...adakan kita lupa atau buat2 lupa?...mungkin ya..mungkin tidak..aku perhatikan mak ayah sendiri semakin hanyut...jika diri sendiri sudah alpa dan lupa atau tak ambil berat..nak menegur dan mengajar anak?.........

Mungkin satu hari, masyarakat berilmu akan semakin ramai dan mula mencurahkan ilmu kepada masyarakat yang lain...fardhu ain & fardu kifayah.....amin.......

1 comment:

MeDiArTpAsSiOn said...

Memang ada orang yang mengikuti blog kamu dan sentiasa yakin kamu akan berjaya jua satu hari nanti. Tapi harus diingat sememangnya dari tahap terendah anak2 mengenali dunia telah didik dengan asas yang cukup di pra sekolah dan tadika, Tetapi setelah memasuki sistem perdana, perkara tentang agama dan menghasilkan insan tidak diambil peduli langsung kerana tujuan sistem itu untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang yang kononnya dapat memajukan negara. Apa guna negara maju kalau akhlak rakyatnya menyamai akhlak Syaitan????? Fikirlah sesiapa yang membuat DASAR.