Wednesday, April 15, 2009

Bersyukur dengan apa yang ada

Dari tadi fikiran aku sentiasa memikirkan tentang segala nikmat yang Allah berikan kepada aku..memang manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada..sifat manusia yang lemah macam aku ni..sejak kebelakangan ni, aku selalu mengambil kira segala rezeki yang diberikan olehNya akan digunakan sebaiknya oleh aku yang sentiasa inginkan kelebihan untuk kesenangan di dunia....hemmm...tadi, aku ada baca sebuah buku, Rasullullah bersabda "Jika kamu tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan bayak menangis dan sedikit tertawa"..jelas, baginda hanya memandang akhirat kerana dunia hanya sementara........

Kita semua sebagai manusia biasa akan rase macam ragu2, takut dan gusar kalau duit tiada di poket..maka kita akan bekerja untuk memastikan perut berisi, simpan duit untuk masa depan dan ini semua memenuhi masa hingga 80% dari hidup kita...masa bersama Allah?...ada satu buku suatu ketika dulu yang aku baca juga ada menyebutkan bahawa kejarlah akhirat dan pasti dunia akan bersamamu..sedangkan zaman sekarang, manusia bukan berlumba2 nak mengamalkan kebaikan tapi berlumba melakukan kejahatan dan mengejek2 orang yang melakukan kebaikan...Masya Allah..ianya menular hingga ke anak2 kita yang mana kita pernah dengar kutukan kepada remaja yang memakai tudung yang melakukan perbuatan sumbang..mengapa kita mesti mencela dan mengkritik???..balik semula pada topik kita..

rezeki tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha..dan segala yang telah diberikan haruslah mendapat kesyukuran yang tidak terhingga dari kita..hargai setiap rezeki yang diberikan, Insya Allah ianya akan memberi kebaikan dan pahala

Tuesday, April 14, 2009

Aku Kembali Lagi

Salam dan Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni 15hb April, setelah lama tak menaip di blog ni, aku terasa seperti ingin mencoretkan sesuatu untuk sesiapa yang ingin membaca atau untuk diri aku sendiri. Pastinya lembaran 2009 ni, aku rasakan kelainannya sebab banyak yang ingin aku perbaiki dari masa ke semasa tentang kehidupan keluarga, bisnes, menjaga hati mak bak, perhubungan suami isteri dan tentunya bagaimana menjadi umi yang sentiasa disisi anak2 aku yang disayangi.

Rasenya dah nak masuk 3 bulan aku tak "mengupdate" apa yang aku buat selama 3 bulan ni..aku join balik great eastern untuk mendalami ilmu insurance dan yang terbaru aku dah pass exam unit trust dengan public mutual. Ini harap ianya akan memperkukuhkan kredibiliti aku untuk bercakap tentang kewangan dan of course boleh cari side income. Dalam 3 bulan ni juga aku membuat beberapa langkah "trial and error" dalam pengurusan masa untuk membawa semua yang diamanahkan seperti anak2, suami, keluarga, bisnes. Memang tak senang nak merancang dan jalankan tanpa banyak gangguan. Terasa yang paling mencabar adalah komitmen dengan segala aktiviti anak2. Fuuuuhhh..berpeluh seh nak pastikan diaorang 4 orang tuh menikmati zaman kanak2 diorang dengan gembira dan of course umi dia kena melatih diri untuk tahan bersabar sehingga 70% tu pun dah cukup baik. Setakat ni alhamdulillah, Allah bersama dengan aku, aku rase dah dapat rahsia dan cara dan mengurus tu semua tanpa ada banyak masalah. Penerimaan diri dan hati aku pun semakin luas dan lebih ikhlas dalam melakukan segala tugas yang memang aku pandang berat. Aku ingin sekali ucapkan terima kasih pada suami tercinta kerana banyak membantu. Mudah-mudahan segala perancangan aku yang selalu aku pastikan ianya berada dilandasan yang betul walaupun kadangkala terbabas sikit, dapat aku kuasai sikit demi sikit. Terima kasih Ya Allah....

Walaupun ada kawan2 kata terlalu banyak yang aku buat dalam satu masa, tapi aku bukannye manusia yang membabi buta dalam membuat keputusan..aku telah kaji dan perancangan yang aku buat telah aku identify untuk perancangan masa pendek dan masa panjang. Tak akan tercapai tangan kalau hendak memetik pelam kecuali menyiapkan galah untuk menjoloknya. Sekarang, aku masih menyiapkan galah tersebut. Cuma apa yang aku ada sekarang ni, aku kena pastikan semuanya semakin berkembang dan maju. Insya Allah.

Ok...itu sahaja untuk hari ini..nanti aku sambung lagi. Salam