Tuesday, June 30, 2009

Counting Days

Salam.

1st Morning in July 2009 with a full of spirit and some "mixture of doubt". Anyway, here I am and will make sure everything is going as plan. Insya Allah Allah will be with me. Hopefully I will always smile even any kind of faces comes today.

Wish me luck!!

Monday, June 29, 2009

Masanya sudah tiba

Salam..

Semakin hari kekuatan yang aku bina sudah mula mengorak langkah..pelbagai rancangan aku susun..siang malam pagi petang..semuanya agar semata-mata aku dapat menempuh dengan hati yang ikhlas dan redha..aku dikurniakan dengan pelbagai anugerah yang amat aku mensyukurinya...sekarang hanya masa menentukan..aku harus pastikan kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan berjalan seiring...

Memang benar banyak orang kata manusia yang benar-benar berjaya sahaja tahu apa itu kejayaan...aku akan pastikan aku akan berada di situ...Amin.....

Monday, June 22, 2009

Usaha yang membawa kepada kejayaan

Salam

Dalam mengejar cita-cita dan melalui kehidupan dengan tanggungjawab yang Allah tetapkan pada setiap manusia, aku rasakan kita harus pandai meletakkan kepentingan pada setiap komitmen yang ada..yang pasti pertama bagiku apa sahaja yang aku lakukan, aku harus rasa bahagia tanpa tekanan dari sesiapa. Oleh itu, aku mampu memberikan yang terbaik pada orang-orang disekeliling...terutama keluarga. Ini semua bagi melahirkan generasi yang berkualiti. Aku percaya hanya kita yang kenal diri masing-masing untuk mengejar kejayaan atau selesa dengan apa yang ada..

Fikirkan persediaan untuk masa tua merupakan satu proses berterusan dan harus dimulakan dari masa muda. Berapa ramai orang tua yang menumpang dengan anak dan tidak cukup keperluan untuk memenuhi kehendak asas masing-masing?..sedangkan dunia sedang giat bergerak laju meninggalkan orang-orang yang malas dan bodoh kerana malas mencari ilmu. Akhirnya, bila tua menjelang tiba, tenaga dan fikiran tiada untuk melakukan apa-apa. Aku tak mahu jadi begitu...

Aku akan pastikan usaha harus dilakukan sedikit demi sedikit bagi mencari pengalaman dan menambah rezeki bagi menampung keperluan semasa. Simpanan hari tua haruslah cukup untuk kita berehat dan persediaan untuk menambah ibadah bila menghadap Pencipta Agung.... Jika fikiran hanya memikirkan dunia hingga ke tua, entah bila kita ada masa menambahkan bekalan di akhirat?

Usaha masing-masing bergantung pada niat, biarlah susah dan berliku. Terasa penat dan lelah tapi kita tahu apa yang dikejar pada akhirnya. Biarlah seiring dengan kehendak agama dan hati bahagia..biarlah hidup sederhana tapi nilai hidup dan mentaliti bertambah positif. Dari tidak melakukan apa-apa?..malas..kuat tidur dan suka bercakap tentang orang lain..diri sendiri setanding sesiapa yang berjaya?..orang berjaya kurang bercakap dan banyak bertindak..kita?.....soalan yang hanya boleh dijawab oleh kita...

Sunday, June 21, 2009

Hati yang bahagia

Salam di pagi yang sungguh tenang dan bahagia...

Topik yang aku tulis pagi ni adalah berkenaan hati kita yang cuma dapat kita rasa tapi tak boleh pegang..kalau sakit, terasa seluruh badan tak berfungsi..kalau rasa bahagia, walau apa pun rintangan, boleh lalui...

Aku berpendapat untuk mendapatkan hati yang bahagia, kita kena berusaha mendidik hati agar sentiasa ingat kepada Allah, bersyukur dan buang segala penyakit hati..tak guna kalau harta menggunung tinggi, sedangkan hati sebusuk bangkai..tak guna pangkat melangit, tapi hati sombong mendada...

hati yang bahagia terpancar dari sinar mata kita yang dapat dilihat dari orang lain...jika hati tak keruan, seluruh hari akan terasa kesannya...yang aku usahakan adalah kebahagiaan hati yang hakiki..bukan senang nak dapat sebab kebahagiaan ni akan melatih hati kita supaya sentiasa redha dan bersyukur...kita manusia biasa...aku masih berusaha..yang pastinya, aku sudah merasakan sedikit cahayanya....

Hati...aku akan sentiasa memastikan kau bahagia....

Wednesday, June 17, 2009

Kunci Kejayaan

Salam..

Ada orang kata kunci kejayaan adalah fokus..ia adalah salah satu darinya..tapi pada aku, fokus bukannya bermaksud pada satu aspek sahaja..kalau kita lihat balik kehidupan kita sehari-hari, banyak yang memerlukan perhatian kita contohnya sesiapa yang dah berkahwin..suami, anak, rumah, kerja, ibu bapa, jiran, kerja no 2..macam2..semuanya kena amik tahu dan amik pusing..betul tak?..so, kunci kejayaan yang paling utama adalah pengurusan masa yang betul..kalau orang dulu2 mungkin tak banyak yang perlu ambil tahu disebabkan kemudahan dan pendedahan tentang komputer kurang atau tiada..zaman sekarang IT memainkan peranan yang boleh dikatakan penting untuk mendapatkan maklumat..kita semua adalah mangsa kepada perubahan kejayaan tersebut..impaknya, kita wajib uruskan masa dengan sistematik dan teratur kerana kalau tidak, suami kemana , anak ke mana, fokus hanya kerja...keluarga??..ramai sangat aku tengok keluarga yang sibuk , anak-anak mencari kebahagiaan sendiri tanpa pengawalan...ini semua berlaku disebabkan oleh mak ayah yang tidak dapat mengendalikan perubahan kemajuan yang terlalu cepat dan tiada pengurusan masa yang betul...

bukannya senang kalau bercakap tentang pengurusan masa ni, aku pun sendiri masih terkejar-kejar dan cuba menyesuaikan dengan keadaan pada waktu itu..kerana kalau pandai buat timetable tapi tak follow buat apa?..kita kena tahu keadaan dan sesuai atau pun tidak masa tersebut untuk kita melakukannya..bukannya orang lain..tapi kita..sebab kita yang empunya jadual..satu jadual yang tak boleh tukar dan dikawal oleh orang lain adalah kerja dengan orang lain..terpaksa ikut jadual kerja..no choice..itu yang wujud monday blues lah, tuesday rock lah..hehehe..

so, aku sedang memantapkan diri dalam mengikut masa yang akan aku ubah untuk memastikan ianya sesuai dengan keadaan aku pada waktu itu..so, penuh dengan jadual hidup aku ni..tapi aku suka..ianya lebih teratur..chewah...tapi kalau ingat2 masa aku kecik2,..aku dah pandai buat jadual sendiri, siap buat jadual untuk adik2..tampal kat depan bilik...kat depan bilik tamu..kih kih kih..dah begini aku ni sejak kecil..semoga ianya akan memberikan seribu manfaat untuk aku yang ada "sedikit" tugasan yang perlu dibereskan setiap hari..kalau tak kuat iman, rasa dah demam seminggu..hehehehhe...

semoga aku terus kuat dan teguh menjalani hidup ini....amin..

Tuesday, June 16, 2009

Perjuangan di pagi hari

Kalau bercerita tentang kesibukan di pagi hari, aku rasa tak cukup page ni nak meluahkan..pagi yang telah ku susun jadualnya menampakkan sedikit perkembangan yang baik..alhamdulillah..anak2 yang sentiasa memberikan sejuta semangat, untukmu umi akan terus berusaha yang terbaik untukmu sayang...buat suami, semoga sentiasa disisi...thanks...

Monday, June 15, 2009

Pagi yang penuh dengan ketenangan....

Salam..

Dalam menempuh kehidupan ni, aku rasa hanya orang yang serius dalam melakukan apa sahaja yang dilakukan yang akan berjaya dan tahu apa itu erti kemanisan kejayaan...kekadang terpikir adakah aku ni terialu serius dalam memandang segala aspek kehidupan..tidak juga..aku akan serius bila memikirkan tentang bagaimana membina kehidupan yang berkualiti dan menambah nilai setiap hari yang aku tempuh..itulah aku...ada bahagian "keseronokan" dan being playful yang setiap orang akan rasa...itulah keadilan...

Bagi aku, untuk menempuh kejayaan bukan setakat bercakap kosong dan berangan sepanjang masa...bertindak..itulah bezanya dengan golongan yang hanya berangan dan berazam nak melakukan tapi akhirnya tidak juga membuahkan apa-apa....

Pagi ni pagi yang separuh indah tapi menginsafkan...hehe..satu permulaan...Alhamdulillah...

Sunday, June 14, 2009

Tetapkan Iman..Kuatkan semangat

Salam..

Rasenyer dah masanyer aku kena ikut jadual yang telah aku rancang berbulan-bulan lamanyer..ianyer akan aku teruskan untuk anak2 dan kepuasan diri...satunyer, ada yang merisaukan..bangun pagi..aku akan tanamkan azam agar aku dapat bangun pukul 5 pagi setiap hari....ada yang perlu aku bereskan pagi2 tuh...aku akan pastikan ianya dapat dicapai....aku kena kuat..aku boleh..chewah...ok, semoga aku dapat mengikuti semua yang dirancangkan...yes..tina boleh...amin..

Wednesday, June 10, 2009

Perjalanan yang semakin pasti

Salam..

Coretan kali ini aku rasakan terhenti seketika bila mengenangkan segala pengalaman dan dugaan yang diberikan oleh Allah..pada satu ketika aku rasakan bagaikan di penghujung dunia, betul orang kata tak kenal maka tak cinta..Alhamdulillah aku rasakan semakin dekat padaNya..pada Rasullullah tercinta, aku panjatkan doa agar sentiasa bersama umatmu yang selalu mengharapkan syafaatmu wahai Rasullullah...

Lima bulan sudah berlalu..masa bagaikan seperti petir, datang entah bila dan pergi tanpa sedar..setiap hari aku pastikan ianya dipenuhi dengan aktiviti yang memberikan nilai yang baru dalam perjalanan hidupku..kekadang tersilap langkah, kekadang salah membuat keputusan, kekadang merasa sangat bahagia dan bersyukur dengan segala yang dikecapi..aku sibuk menguruskan apa yang diamanahkan seperti biasa..cuma semakin aku sibuk menguruskan masa, semakin banyak masa yang aku ada untuk aku penuhi dengan segala aktiviti dan setentunya peluang-peluang perniagaan yang boleh aku garap..kekadang terasa diri adakah larat untuk melakukan itu semua..tapi, setiap kali aku patah, setiap kali itu juga aku akan bangun setelah memanjatkan doa pada Ilahi agar dikuatkan semangat dan sihat..pikiran sentiasa memikirkan agar aku lebih berhati2 membuat keputusan dan bagaimana melahirkan anak2 yang berkualiti di dunia dan akhirat...

Memang benar, sesetengah orang berkata fokus adalah kunci kejayaan..tetapi apa yang aku temui adalah lebih besar dari itu..hanya ianya masih belum aku coretkan disini setelah aku menemui buktinya satu hari nanti...insya Allah..

Yang pasti aku semakin yakin menempuh hidup yang penuh dengan liku dan juga sejuta keindahan yang masih belum diterokai....

Aku yakin dengan usaha dan doa, Allah sentiasa bersama...Amin