Monday, June 22, 2009

Usaha yang membawa kepada kejayaan

Salam

Dalam mengejar cita-cita dan melalui kehidupan dengan tanggungjawab yang Allah tetapkan pada setiap manusia, aku rasakan kita harus pandai meletakkan kepentingan pada setiap komitmen yang ada..yang pasti pertama bagiku apa sahaja yang aku lakukan, aku harus rasa bahagia tanpa tekanan dari sesiapa. Oleh itu, aku mampu memberikan yang terbaik pada orang-orang disekeliling...terutama keluarga. Ini semua bagi melahirkan generasi yang berkualiti. Aku percaya hanya kita yang kenal diri masing-masing untuk mengejar kejayaan atau selesa dengan apa yang ada..

Fikirkan persediaan untuk masa tua merupakan satu proses berterusan dan harus dimulakan dari masa muda. Berapa ramai orang tua yang menumpang dengan anak dan tidak cukup keperluan untuk memenuhi kehendak asas masing-masing?..sedangkan dunia sedang giat bergerak laju meninggalkan orang-orang yang malas dan bodoh kerana malas mencari ilmu. Akhirnya, bila tua menjelang tiba, tenaga dan fikiran tiada untuk melakukan apa-apa. Aku tak mahu jadi begitu...

Aku akan pastikan usaha harus dilakukan sedikit demi sedikit bagi mencari pengalaman dan menambah rezeki bagi menampung keperluan semasa. Simpanan hari tua haruslah cukup untuk kita berehat dan persediaan untuk menambah ibadah bila menghadap Pencipta Agung.... Jika fikiran hanya memikirkan dunia hingga ke tua, entah bila kita ada masa menambahkan bekalan di akhirat?

Usaha masing-masing bergantung pada niat, biarlah susah dan berliku. Terasa penat dan lelah tapi kita tahu apa yang dikejar pada akhirnya. Biarlah seiring dengan kehendak agama dan hati bahagia..biarlah hidup sederhana tapi nilai hidup dan mentaliti bertambah positif. Dari tidak melakukan apa-apa?..malas..kuat tidur dan suka bercakap tentang orang lain..diri sendiri setanding sesiapa yang berjaya?..orang berjaya kurang bercakap dan banyak bertindak..kita?.....soalan yang hanya boleh dijawab oleh kita...

No comments: