Wednesday, June 17, 2009

Kunci Kejayaan

Salam..

Ada orang kata kunci kejayaan adalah fokus..ia adalah salah satu darinya..tapi pada aku, fokus bukannya bermaksud pada satu aspek sahaja..kalau kita lihat balik kehidupan kita sehari-hari, banyak yang memerlukan perhatian kita contohnya sesiapa yang dah berkahwin..suami, anak, rumah, kerja, ibu bapa, jiran, kerja no 2..macam2..semuanya kena amik tahu dan amik pusing..betul tak?..so, kunci kejayaan yang paling utama adalah pengurusan masa yang betul..kalau orang dulu2 mungkin tak banyak yang perlu ambil tahu disebabkan kemudahan dan pendedahan tentang komputer kurang atau tiada..zaman sekarang IT memainkan peranan yang boleh dikatakan penting untuk mendapatkan maklumat..kita semua adalah mangsa kepada perubahan kejayaan tersebut..impaknya, kita wajib uruskan masa dengan sistematik dan teratur kerana kalau tidak, suami kemana , anak ke mana, fokus hanya kerja...keluarga??..ramai sangat aku tengok keluarga yang sibuk , anak-anak mencari kebahagiaan sendiri tanpa pengawalan...ini semua berlaku disebabkan oleh mak ayah yang tidak dapat mengendalikan perubahan kemajuan yang terlalu cepat dan tiada pengurusan masa yang betul...

bukannya senang kalau bercakap tentang pengurusan masa ni, aku pun sendiri masih terkejar-kejar dan cuba menyesuaikan dengan keadaan pada waktu itu..kerana kalau pandai buat timetable tapi tak follow buat apa?..kita kena tahu keadaan dan sesuai atau pun tidak masa tersebut untuk kita melakukannya..bukannya orang lain..tapi kita..sebab kita yang empunya jadual..satu jadual yang tak boleh tukar dan dikawal oleh orang lain adalah kerja dengan orang lain..terpaksa ikut jadual kerja..no choice..itu yang wujud monday blues lah, tuesday rock lah..hehehe..

so, aku sedang memantapkan diri dalam mengikut masa yang akan aku ubah untuk memastikan ianya sesuai dengan keadaan aku pada waktu itu..so, penuh dengan jadual hidup aku ni..tapi aku suka..ianya lebih teratur..chewah...tapi kalau ingat2 masa aku kecik2,..aku dah pandai buat jadual sendiri, siap buat jadual untuk adik2..tampal kat depan bilik...kat depan bilik tamu..kih kih kih..dah begini aku ni sejak kecil..semoga ianya akan memberikan seribu manfaat untuk aku yang ada "sedikit" tugasan yang perlu dibereskan setiap hari..kalau tak kuat iman, rasa dah demam seminggu..hehehehhe...

semoga aku terus kuat dan teguh menjalani hidup ini....amin..

No comments: