Thursday, September 10, 2009

Dugaan..

Persepsi dugaan ni merupakan salah satu kelemahan aku masa dulu..setiap manusia ada sejarah dan kesilapan masing-masing..aku tak terlepas...dugaan yang selalu datang selalunya membuatkan aku sentiasa berfikir untuk mengatasinya..aku bersyukur walaupun masih diduga sehingga sekarang..ada sesetengah kawan-kawan yang aku lihat memandang hidup ini bukannya untuk susah tapi untuk menikmatinya sebaik mungkin...betul ke?..hemmm..kalau dilihat dalam persepsi Islam, aku merasakan ada yang tak kena..Islam memudahkan..ia menjadikan manusia hidup dalam kesederhanaan tapi sentiasa berdisplin dan meletakkan akhirat sebagai matlamat..ada ke sembahyang dalam tidur?..ada ke kita mesti terlalu taksub menikmati kesenangan yang diberikan dalam dunia?..tidak juga..jadi kejadian manusia adalah menghambakan diri padaNya..kemudian semuanya akan datang sebagaimana yang dikehendakiNya...memang tak mudah...aku sendiri sedang dan masih melatih hati untuk menerima segala dugaan dengan tenang, redha dan sabar...susah nak buat tuh....dengan usaha dan doa aku yakin...cuma kita kena sedar yang apa sahaja yang diberi olehNya ada kebaikan wlaupun selalu kita fikir buruk...Allah tahu segalanya.......

No comments: